Sertai Mailinglist AzyanMasiron.net sekarang dan anda akan menerima setiap artikel berkaitan Penyusuan Susu Ibu terus ke Inbox anda. Langgan Sekarang

Walau Apapun Halangan : Akan Ttp Breastfeed

21 12 2010

Terharu sgt masa dapat email ni… mcm2 pengalaman n pahit getir ibu2 di luar sana, tapi masih bersemangat waja utk menyusu badan… Sebagai pemangkin ibu2 lain, saya terpanggil utk share email ni… Ibu ni berazam utk full breastfeed her 2nd baby…

Jom kita baca: “masa first baby, kami suami isteri lebih excited dengan perkembangan baby masa dalam kandungan… kelakarkan? but that’s the truth… we had never been mentally prepared of what to do AFTER the baby were born!! sementelah, anak sulung kami lahir awal dari due… memang zero, tak tau apa langsung… so lepas keluar hospital, suami yang pegi belikan breast pump tu… battery powered.. jenama pureen kalau tak salah…. sangat sakit sebab dia sedut puting… bunyi dia pulak macam mesin potong rumput… bila kuatkan speed dia… makin kuat bunyi dia.. dan makin sakit jadinya… dan menjadi sebab je saya tak perah susu untuk anak…

saya memang check up di hospital tawakkal sejak first baby lagi… saya rasa amat serasi dengan doktor yang merawat saya tu.. dia very frank, jadi saya tak pernah tertanya tanya dengan keadaan saya..

kenapa saya pilih hospital tu? macam ni ceritanya… (saya boleh mengarang panjang2 ni … maklum la cutikan… heheh.. harap kak yan boleh baca lah ye…) lagi satu, i think u should know what made me seriously want to BF my child this time… so .. jeng jeng jeng!!

masa dapat tau pregnant first baby dulu, saya pegi klinik, bila scan, dr nampak bukan saja ada janin berusia lebih kurang 7 minggu… tapi juga seketul cyst di tepi ovari sebelah kiri.. consider that as pregnancy with risk, dr terus nak refer saya pada hospital. we had choosed tawakkal sebab suami pernah accident dan warded di sana.. so dah kenal the management n knows who to deal with.. plus.. mak saya sendiri bersalinkan adik saya di hospital itu…

3rd feb 2008, saya bersalin anak sulung di tawakkal.  oleh kerana saya bersalin normal, the cyst remains beside my left ovary… masa tu saiz dia lebih kurang besar buah limau mandarin.. 3 months after gave birth, dr advise supaya saya buat operation untuk remove the cyst… tapi sebab takut, saya biarkan je… lagipun saya tak rasa sakit langsung…

september 2009 (bulan puasa), ramai tegur n tanya sama ada saya pregnant atau tak…. sebab saya kelihatan buncit… tapi saya tak pregnant pun…

the first day to starts school selepas cuti raya, early morning (dalam pukul 3 pagi kot..) saya terjaga sebab terasa sakit perut… pergi tandas, nothing came out. tapi bila baring balik, terasa sakit macam mencucuk2… so i sat on the sofa, diam dan masa tu terasa sakit tu di tempat cyst.  macam bergegar rasanya (macam ada orang palu gong kat situ) ..

we hurried to the clinic near by, dia bagi ponstan (ke bonstan?) the pain killer.. saya makan di situ jugak.. tapi langsung takde kesan… so, kami terus ke tawakkal (sebab hospital tu tau history saya), pergi emergency

while waiting,  the nurse injected me with the most powerful pain killer.. tapi langsung takde kesan.. masa tu, duduk sakit, berdiri sakit, baring sakit.. semua serba tak kena.. saya sampai mintak pain killer lagi.. tapi dah tak boleh.. takut over dose..

doktor datang, scan, dia cakap the cyst had been very big (almost the size of a coconut)..  mungkin dah ruptured and probably dah terpintal dengan my left ovary… the best thing to do at that moment ialah an emergency operation…

the operation took more than 4 hours.. a very high risk operation (tu doktor yang cakap) sebab saya gemuk (ok ok … perkataan manis sikit, overweight) .. and the cyst dah koyak n berdarah.. so saya dah ada internal bleeding… dr said, kalau lambat sikit je… pendarahan dalaman tu mungkin beri kesan pada organ lain dan boleh menyebabkan saya koma n worst, die….

tempat operation sama macam orang yang bersalin ceasar… cuma saiz dia kecik sikit… oleh kerana cyst tu dah berdarah, masa saya baring mengiring, cyst tu bergolek dan terpintal dengan ovari sebelah kiri… itulah organ saya yang paling teruk tercemar… dan terpaksa dibuang sekali dengan cyst tu…

saya memang orang yang sangat bertuah… bertuah kerana sempat dibedah sebelum keadaan lebih teruk, bertuah kerana cyst tu “benign” (meaning its non cancerious), dan bertuah juga kerana walaupun saya kehilangan ovari sebelah kiri, uterus dan ovari sebelah kanan berada dalam keadaan baik…

saya mc 6 minggu.. kerja seminggu.. kemudian cuti 6 minggu lagi (cuti akhir tahun)….

sepanjang 3 minggu pertama mc tu, saya tak dapat langsung dukung anak.. (ketika itu usianya lebih kurang 1 tahun 8 bulan) nak riba pun takut, ye laa.. macam bersalin la jugak (walaupun luka kat kulit je.. ) ketika tu saya tumpang rumah emak.. rumah kami dekat je.. (mak jaga anak saya bila kerja…pagi2 sebelum pergi kerja, saya akan tinggalkan anak di rumah emak…) ketika itulah saya nampak betapa mesranya nenek dan cucu (mak dan anak saya).. timbul satu rasa cemburu yang amat sangat dalam diri saya… saya juga memanfaatkan cuti dengan membaca… (apa lagi yang boleh dibuat kan.,.) apa saja yang ada saya baca… dan ketika itu jugalah saya sedar bahawa saya “ketakutan” setiap kali saya jumpa artikel tentang susu ibu… saya macam fobia, takut, resah, gelisah … terutamanya bila saya baca tentang kebaikan susu ibu .. dan ketika itu jugalah timbul seribu macam penyesalan dalam hati saya sebab saya tak bersungguh-sungguh susukan anak saya ketika bayinya… berapa titis je susu saya yang dapat anak saya teguk… sedangkan susu saya banyak (saya rasa laa.. sebab baju saya basah).. saya fikir ketika itu, “inilah satu kesalahan dan kesilapan yang perlu saya tanggung seumur hidup…”

15 julai 2010, saya dapat tahu saya mengandung lagi… betapa bertuahnya saya… setelah segala yang saya lalui… Allah beri peluang untuk saya menebus kesalahan saya terhadap anak saya: tidak memberi khasiat terbaik untuknya… sebab itu, saya betul betul bersungguh sungguh tidak mahu gagal lagi kali ini… saya mesti beri susu saya sendiri pada anak2.. biar apa pun halangan yang datang….

dan Allah jugalah yang menggerakkan hati saya untuk make contact with you kak yan… saya percaya, ilmu2 kak yan pasti dapat menolong saya merealisasikan impian saya ni…

Teruskan usaha..InsyaALLAH ramai yg sudi membantu.






Perlu Tak Prepare Breastmilk Sebelum Bersalin

6 12 2010

Soalan

Assalamualaikum..

Saya sedang mengandung 29 minggu. Ini adalah anak kedua saya. Anak sulung tidak saya bf secara eksklusif kerana saya kurang ilmu dan terlalu terpengaruh dengan cakap cakap orang…
Justeru, bila saya dapat tahu saya mengandung lagi, saya berusaha mencari seberapa banyak maklumat tentang bf.
Soalan saya:
Perlukan saya memerah susu sebelum bersalin?
ok.. kenapa saya tanya soalan ni… saya jenis cepat menggelabah. Saya takut kerana penat proses bersalin, takde susu yang keluar untuk baby…
Jawapan

Tq soalan yg sgt baik… ada pro n cons
Konsepnya lebih kurang sama dgn tandem nursing, Bole prepare breastmilk ni tapi dgn syarat, when u pump tak de any contraction happen, n tak rasa sakit kat mana2 bahagian rahim.  You shouldn’t pump when you have a history of preterm labor. But as long as you are allowed to have sex, you can nurse/pump: an orgasm releases much more oxytocine then breastfeeding.





Bole Tak Bottle Feed Bby Guna Storage Bottle?

5 12 2010

Soalan

Salam Yan…

Nak tanya sikit pasal susu ibu nie..
Saya baru sj melahirkan anak sebulan yang lepas dan sudah membuat stok susu
untuk baby saya apabila saya berkerja nanti….

EBM yang dah saya frozenkan akan saya cairkan dulu malam sebelumnya. Untuk
pengetahuan Yan, EBM saya simpan ke dalam storage bottle (free BPA) dan storage
bag. Soalan saya,

1) bolehkan baby disusukan terus menggunakan storage botol tu? Setahu
saya, storage botol tidak sesuai untuk baby…… Apakah botol susu yang paling
sesuai untuk baby?

2) Kalau kita menggunakan botol susu yang lain, adakah BS akan tranfer EBM dari
storage bottle? ini kerana botol susu yang kita bekalkan mungkin hanya 2 botol
sahaja. Betul tak???

Boleh kongsikan pengalaman Yan tak??

Jawapan

Saya jwp terus ye..

1. bole je bg terus dari storage botol tu. Botol susu yg paling sesuai ialah botol yg ank u bole terima… mahal muarah tak penting..if bby suka yg bukan BPA free, just make sure at least evry 6 mnth u tukar k.

2. soalan yg ni u kene deal dgn bby sitter, mcm Yan bby sitter panaskan dari storage botol pastu masukkan dlm feeding botol br bg kat baby.

tq






Macamana Nak Buat Double Pumping Nih?

25 11 2010

Soalan

Yan biasa buat double pumping kan? memang berbeza ke if gunakan single pumping je (dari segi oz pengeluaran susu). macam kawan dia lg prefer guna single pumping utk kedua2 belah dari buat double pumping sekali..

lg satu, macamana nak buat double pumping nih? kena pegang dengan tangan ke?

sori la tanya soklan mudah nih..heheheh…cz takde pengalaman guna pump elektrik ni

Jawapan

Tq Shazian kerana bertanya.

Utk kes Yan n beberapa geng mengepam di ofis, yes..double pump membantu tingkatkan kuantiti susu.

double pumping mudah, jimat masa n kurangkan stress kita sbb dlm 15 minit leh settle dua2 breast.

bila ibu stress susu pun bole kurang..sbgai ibu bekerjaya kdg2 kita tak de bnyk masa.

sng je double pumping ni, bole guna nursing bra kita : masukkan corong dlm bra n klip..pastu pump n tak pyh pegang..bole jd freestyle ..he3 mudah kan






Anak Tak Nak Botol, Nak Buat Apa?

15 11 2010

Soalan

salam, anak sy x nk  minum m’gunakan puting botol susu, wlaupun dr susu yg di perah.cmna nk buat dia nk minum susu melalui botol susu?
baby br 2 bln.sy bekerja sendiri & bawa baby ke ofis, next month ada outstation, tu yg risau.sy dh start buat stok EBM.

Jawapan

Salam hanie,

Ramai org ada masalah yg sama…jgn risau kita cuba dulu mcm2 cara k. Antaranya :

  1. kena identify, dia tak nak puting tu atau dia tak nak susu?….. cuba bagi fresh breastmilk (lepas perah sblm masuk peti ais). If dia nak direct tapi fresh milk kat botol tu dia tak nak, maksudnya dia tak suka puting tu.
  2. Cari n cuba puting2 lain… cara ni penat sikit..kena try n error..cuba puting MAM, Nuk, Dr.Baby….. cuba ni dulu..
  3. Lagi satu cari bg guna sudu or picagari (perlahan2 n sikit2 bg)
  4. perlahan2 ms breasfeed cakap dgn bby knp bukan setiap ms dia bole direct breastfeed
  5. doa n tawakal

Apa2 pun cara..kena tanya n bincang dgn org yg nak jg anak kita tu k

Notes:… apa2 pun cara..utk train baby if possible mintk bantuan org lain..if kita sendiri yg bg agak sukar sbb baby bole bau ibu dia ada..hebat kan

b +ve k






Macammana Nak Bnyakkan Susu Badan?

5 11 2010
Soalan
Sy bru terbaca laman web pn..sgt berbangga puan dapat myusukan anak sehingga umur lebih sthn…
saya baru diberi rezeki anak pertama yg berusia 2bulan lebih…skrg sye sudah bekerja.. boleh minta tips utk memperbykkan susu badan dan tips2 mase utk mengepam susu semasa bekerja..
apa yg sya amalkan..
Selama 2bulan anak sya full breastfeed tp slps anat pergi bby sitter, anak sya memerlukan 5botol 4oz setiap 1..sya hanye boleh produce 4botol,4oz shj sehari..
Sejak baru bekerja semggu, sya amik mase 20-30min setiap session utk pumping pd pkl 11pg dan 3ptg..dpt la 12-15oz n mlm pkl 3pgi bgn pump dpt dlm 4-5oz shj..so, anak sya x ckp susu bile di rumh bby sitter, 16oz sy bg tp kne top up 2oz susu tepung, sbb bby sitter ckp susu x ckp…
Saya harap puan dpt membantu dlm bntuk pemilihan makanan utk memperbykakan susu..semasa sy bekerja…
Respond saya
Untuk bnykkan susu badan :
  1. amalkan pemakanan seimbang : amik bnyk buah, sayur n bnyk minum air
  2. elakkan pengambilan kafein yg berlebihan
  3. elakkan pengambilan ubat2 yg bole mengurangkan susu
  4. kerap bg baby minum
  5. pam 2 jam sekali kat opis jika mampu n pastikan breast betul2 kosong
  6. kat rumah, pam sambil breastfeed baby
  7. bila tak keje pulun wat stock walaupun pergi bercuti





Reusable Ice Pack / Chiller

5 11 2010

Ice pack ni mmg sgt penting kepada working mother yg breastfeeding..lebih2 lg if kat opis tak de peti ais.

Antara kegunaannya:

  1. utk sejukkann susu badan yg dah diperah
  2. bole gak chill food n drinks
  3. tuam dkt luka/lebam

Cara nk guna senang je:

  1. masukkan dlm freezer (paling bagus 8 jam) n ice pack tu letakkan dlm keaadaan flat (baringkan)
  2. bila nk guna masukkan dl cooler bag.

Bp lama bole tahan? : ikut brand n cuaca setempat (ofis ada air-cond)

  • safety plus 4 pack – tahan 14 jam
  • autumnz 3 pack – tahan 14 jam
  • mom precious 3 pack – tahan > 12 jam

Harga pun tak mahal sgt..wat setakat ni paling murah autumnz. Kat pasaran skrg terdapat bnyk  brand antaranya Mom Precious/Safety Plus/Auntumnz . Setakat ni melalui pengalaman sendiri, ice pack ni bole tahan hampir 3 tahun dgn penggunaan yg agak heavy…he3 siap jd toy utk umar with my supervision.

Awas : ice pack ni tak bole dipanaskan, tak bole letak direct bwh matahari…n if dah koyak kena buang.






Pages Facebook PilihanIbu.com – Jom Join

17 10 2010

Pages Facebook PilihanIbu.com baru saje dilancarkan. Pages ini fokus kepada barangan keperluan baby dan ibu2. Kalau berminat utk dapatkan maklumat promosi atau produk2 terkini, boleh klik button LIKE kat sini.

Kat bwh ni print screen button LIKE pages ni.






Sumayyah Refuse Guna Botol

14 10 2010

Mmg pening bila anak2 refuse susu badan through bottle feed.

In my case, bby sitter dah jg ramai baby jd dia tak prefer dgn spoon feed or etc. Sumayyah ok je if spoon feed.

Last week paling critical sbb dia betul2 refuse n mengamuk2..

bukan tu je my 2nd bby ni bonding sgt  dgn ibu dia n ssh nak dgn org lain tanpa kehadiran saya.

kdg2 sedih sgt bila g umh bby sitter sumayyah dah nangis tersedu3 (sumayyah ni bila nangis terus masuk gear 5..n org lain selain ibu dia ssh nk pujuk).

Mcm2 budak zaman millenium ni…baru 4 bulan dah sgt bijak pilih yg terbaik utk dirinya. .

Luluh hati seorg ibu tgk anak nangis mcm tu.. kesian sgt..balik umh lps amik sumayyh sy pulak yg tersedu2 nangis..

Dah few puting botol tukar..sumayyh tetap refuse..

Ya ALLAH tolong r….






Supplement Utk Tambah Susu Badan

28 09 2010

Soalan

Baru-baru ini saya ada membaca mengenai PIL FENUGREEK boleh memperbanyakkan susu ibu, dan ofismate saya ada yang minum MILKMAID  TEA..

Adakah ianya membantu memperbanyakkan susu? dan mana satu lebih baik PIL FENUGREEK atau MILKMAID TEH?
Jawapan :
Sejujurnya, ibu tidak perlu bergantung kepada amalan pemakanan perangsang seperti ini.
Walaubagaimanapun,if nak amik, supplement ni kena try n error..ada org sesuai ada yg tak.. terpulang..
Tapi sekali lg perlu diingat dlm amaln pemakanan utk ibu yg menyusu tidak disarankan utk amik apa2 supplement.

yg penting amalkan pemakanan sihat n seimbang.. elakkan kafein n ubat yg boleh kurangkan susu.

Amalan meminum terlalu banyak air halba (fenugreek) adalah tidak disarankan. Kadangkala ia nya mengundang permasalahan lain. Eg. ibu akan merasa sakit perut, blood sugar levels akan menurun menyebabkan ibu kelesuan dan mungkin rasa mcm nak pitam. Bayi berkemungkinan kolik dan meragam.