Sertai Mailinglist AzyanMasiron.net sekarang dan anda akan menerima setiap artikel berkaitan Penyusuan Susu Ibu terus ke Inbox anda. Langgan Sekarang

Suhu Air Suam Untuk Panaskan Susu Ibu

19 03 2011

Mcm2 info dapat masa pergi kursus penyusuan susu ibu 20 jam.. antara info menarik ialah tentang suhu air utk panaskan susu ibu.

Ramai org tau jgn panaskan dengan air mendidih, hanya air suam..tapi tak ramai yg tau berapa suhu sebenar air tersebut. Dan yg pasti “suam” bg setiap org mungkin tak sama.

So, nak senang begini formulanya:

Air suam = 1 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa

Lepas ni harap kita sume tak buat silap yg bole dielakkan. Hepi sharing!






Sumayyah Just Recover : Otitis Media

15 03 2011

Sakit ni pun bnyk hikmahnya.. dah almost a week spend masa dgn Sumayyah dekat rumah..wpun terpaksa amik cuti, demi anak2 seorng ibu hampir sanggup lakukan apa shj..

Otitis Media  atau jangkitan telinga tengah.. itulah yg menyerang Sumayyah. Belum sempat amik pneumococcal dah infected. Bukan pertama kali, tapi kali ke-3 dlm tempoh 2 bulan… Sedih sgt bila tgk telinga dia berair (warna kuning mcm nanah). Masa 1st and 2nd time kena, telinga kanan je..but for the 3rd time, both ear are infected..and she also got high fever (max-39.4 Celsius).

Sbbnya..doctor kata sbb selsema yg lama (bby ni telinga n hidung nya horizontal) so bacteria merebak. Bby mmg sng kena otitis ni..

During 1st time infected, after 2 days bg antibiotic Ospamox dah ok… masa yg 2nd time bg augmentin pun kejap dh ok, tp because of my mistake ubt tertinggal ms balik kg n tak smpat nak complete the cycle 6 days.. Otitis dtg balik few days after that..n even worst..

For the 3rd time, bg Zithromax, after 6 days tak heal jugak.. terus bwk jumpa pakar..dpt satu lg antibiotik yg “power” – zinnat (2.5ml twice/day) dan ubt selsema Actifed (1.5ml 3 times/day).

Alhamdulillah dah ok skrg n spjg sakit pun Sumayyah tak meragam..(anak susu ibu mmg hebat), last complete amik antibiotic semlm .

Since Sumayyah dah tak dmm n dh tak amik antibiotic, hari ni terus g amik 2nd jap pneumococcal…next and last jap will be after she turn 1. Hopefully Mr Otitis will not visit my adorable little princess again.

Berat je rasa nk keje esok..sory Sumayyah ibu terpaksa hantar kat umh Baby sitter esk..eeeeeeeeeeeeeeeee..

Ya ALLAH berilah aku kekuatan.. walau apapun alasannya aku ttp rasa bersalah sbb korbankan ank utk kerjaya n tuntutan hidup..

Maafkan ibu Sumayyah.. moga susu ibu jd teman esok ye.. Luv u






Apa Status Botol Kita: BPA Free or With BPA?

15 03 2011

Saya baru je lepas menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan utk dapatkan more info ttg isu BPA ni yg baru keluar dlm berita perdana semalm. En Abu Khalid, beri penjelasan yg sgt baik dan jelas.. tq so much.

What is BPA? – BPA ni singkatan utk Bisphenol A (Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat)

Apa yg bahayanya? – menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi (bahan ni bertindakbalas dgn suhu mendidih)

Mcmne nak tau botol BPA?

kod identifikasi bpa

Ni kodnya utk tau botol yg ada BPA….biasanya kod ni diletak dibawah botol.

Lagi satu nak kenal botolnya keras dan lutsinar (jernih)...(botol bumble bee n safety plus dikira selamat wpun  botol tu jernih n lutsinar sbb bernombor selain 7) confirm botol ni BPA free.

 

 

** nway sapa2 yg belum berkemampuan utk guna botol BPA free, botol with BPA masih bole dipakai dgn cara yg betul.

Cara nak handle botol with BPA:
# Steril botol susu dgn air mendidih 5-10 minit, tunggu betul2 sejuk baru gunakan.
#Jgn bancuh susu dgn air panas secara terus dalam botol BPA
# IF ada calar, or rosak mesti terus tukar.
# Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Harap info cukup jelas ..lepas ni nak beli botol pastikan :

  • yang diperbuat daripada polypropylene (PP)
  • polyethersulfone (PES)
  • polyamides (PA)
  • kaca





Q&A: Selamat ke Guna Bekas Dadih Simpan EBM?

28 02 2011

Banyak yg bertanya tentang bekas dadih ni…bole ke susu ibu yg sudah diperah disimpan dlm bekas dadih?
Jawapannya boleh jika

  1. hanya bekas dadih yg bernombor 2,4 dan 5 sahaja ye kwn2… (nombor ni bole cek kat bawah bekas tu)
  2. bole guna sekali shj

*selamat utk panaskan ebm dlm bekas tu..info dpt masa kursus bf 20 jam ……tp ingat bole  guna sekali shj.






Q&A: Rasa Sakit Masa Pumping Session

24 02 2011

Soalan :

Pelik sgt, skrg masa pam In rasa sakit.. selalunya ok.. dari luar brest ok tak de luka.. bila direct breastfeed tak sakit.

Bole ke ligamen ke or tisu kat dlm breast yg luka/terkoyak… knp mungkin jd mcm ni ya?..

tqvm

Jawapan:

1. Make sure ukuran flange / corong pump yang digunakan tu sesuai dengan breast mak.Nipple sepatutnya tak melekat pada (rubbing on) “nipple tunnel” pada corong tersebut semasa pumping. Contoh good / poor fit http://www.ameda.com/breast-pumping/why-does-good-flange-fit-matter-and-how-can-i-get-it. (p.s tidak ada niat utk promo mana2 brand breast pump – cuma nak cara gambar yg sesuai je).

There was a study done – pre & post pumping measurement of nipple      done. Post pumping nipple size can increase 3 – 4 mm. B’cos Regular pumping can cause nipples to increase in size, moms are encouraged to recheck their pump fit from time to time. Mungkin rasa sakit / tak selesa disebabkan oleh “poor fitting” walaupun sebelum ni tak de masalah bila guna pump tu.

2. Faktor Breast pump vacuum (suction). Kebanyakan ibu berpendapat jika set suction pada tahap yang lebih tinggi. lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Padahal, bila set suction pada tahap yang terlampau tinggi – refleks pengeluaran susu (milk ejection reflex) akan berkurangan. Bukan tu sahaja, tekanan yang disebabkan oleh suction tinggi tu dapat menyebabkan trauma pada saluran susu dan jaringan sekitar.

So, pumping technic pun penting ye kwn2.

tq for your good question. Credit to Dr. Ning.







Q&A: Papase & Cefuroxime

24 02 2011

salam ..

Dah 2 hari kena breast infection, smpai hari ni lump tu tak hilang lg tp dah susut sikit..ada 2 ubat doktor bg,

  • surut bengkak (Papase)
  • antibiotik (cefuroxime 500g/xorimax) mkn sehari sekali.

Soalan:

  1. Doktor kata ubt ni ok utk breastfeed n x kurangkan susu..just nak mintak 2nd opinion, ok tak ubat ni?

Jawapan:

Antibiotik tu compatible (sesuai) utk breastfeeding. Mungkin lump tu sebab blocked ducts .  Cuba hand express (teknik mermet).

Lepas ni utk kurangkan risiko kena lg breast infection, selalu kosongkan breast betul2, jgn tunggu dah bengkak baru pam or breastfeed.

Bahaya brest infection ni.. jgn biar kan lama2 k..






Petua Melahirkan Anak2 Yg Hebat Menerusi Teknik Menyusu

7 02 2011

Seronok sangat dapat balik kampung raya cina hari tu… paling seronok bila dpt info dari my mum..

My mum bitau dia ada tgk rancangan TV (x pasti “Tanyalah Ustaz” or Al-Kuliyyah or …he3 dia tak ingat).. tak pelar yg penting content.

Ada seorang mother ni dia hntar ank dia hafal quran, amazingly budak tu hafal within 1 month je..Ustaz pun pelik tak pernh dia jumpa budak sehebat tu. Ustaz tanya how mother tu didik ank dia….

Puas lar mother tu pikir..pikir punya pikir..akhirnya dpt jawapan..best giler jawapn dia..

“Setiap kali sebelum breastfeed saya mesti amik wuduk”…..  subhanallah hebatnya…

so kawan2 bukan susu ibu sahaja yg hebat, tapi teknik menyusu tupun mampu mempengaruhi jiwa dan sahsiah ank2… best dgr cerita ni..jd satu muhasabah yg baik dlm diri.. cukup hebat ke aku utk melahirkan ank yg hebat…

utk Umar n little Sumayyah, doakan ibu jd hebat utk didik kalian menjadi hebat..perjuangan kita dlm penyusuan susu ibu perlu diteruskan..ayuh anak2 ibu..berusaha!!!!






Q&A: Susu Badan Ada ke Tak?

26 01 2011

Soalan:
nak tanya, dulu wkt 1st pregnancy, dlm 8 bln gtu dah ada susu, tp xde banyak..
tapi 2nd baby ni, dah masuk 9 bln, xde pulak?
1 ~adakah kebarangkalian nnt susu akn lmbt kluar@sedikit bila baby dah lahir.
2 ~then macamna nak bg susu terus ada bila baby dah lahir, cause 1st baby dulu amik masa jg 2-3 hari juga baru susu kluar banyak…

Jawapan Saya :

Salam, …
1.Bukan semua org susu akan keluar semasa pregnant, dan itu bukan indicator ibu tersebut banyak susu ataupun tidak.

If susu lambat kuar nanti perlu stimulate..antara caranya, lepas deliver in 1 hour mesti bg bby direct breastfeed.. if susu kurang sgt/ or rasa tak keluar mintak bantuan dari nurse utk stimulate dgn cara urutan k.

2. … 2-3 hari mmg susu tak bnyk sgt..sbb perut bby kecik je sebesr guli..  so jgn riasu ye

think +ve n enjoy breastfeed k






Mama Adik Pilih Susu Ibu Sepenuhnya

5 01 2011

Minta izin kongsi cerita…

Alhamdulillah..seronok rasanya dpt share ilmu n pengalaman dgn sorang lg parents ttg kepentingan susu ibu… In this case, “anak yg decide utk full breastfeed”.

Smlm merupakan 1st day ibunya start keje (lepas pantang) n ats nasihat org tua, mereka decide utk bg susu formula (FM) bila hantar anak pd bbysitter dan tak standby pun stok susu ibu… Seharian kat umh pengasuh mmg anak ni menolak FM dan bila ibunya balik mcm tak sbr2 nak breastfeed.

Subhanallah..hebat kan ank zaman sekarang..dia tau pilih apa yg terbaik utk nya.. kesian mak ayh yg kelam kabut cari solution bila bby ni menolak susu formula..

Alhamdulillh dgn support si Ayah n semangat baru si Ibu yang nmpaknya begitu bersemnagt utk breastfeed, saya yakin walaupun tak buat stok susu ibu lg, InsyaALLAH “impian penyusuan anaknya akan tercapai”.

Sedikit tips utk pasangan yg baru nak explore “breastfeeding for career women” ni:

  1. Keep on pumping..
  2. Jgn stress sbb stok tak de lg.. just target utk supply setiap hari (pedulikan gambar2 stok ebm org yg bnyk2..he2 amik sbgi semangat bole r)
  3. Do keep in touch..really closed with breastfeeding mothers support group k..
  4. Gain more knowledge (pasal storage, pumping style, etc)
  5. Doa n tawakal (hati mau cekal tau)

All d best dan taniah kerana memiliki anak yg hebat!...jgn kecewakan dia ye….






Tirai 2011 : Cari Ibu Susuan atau Lembu Susuan?

4 01 2011

Mcm2 azam kita buat bila tirai 2011  dibuka.. Bagi saya setiap kali nak jejak tahun baru mmg rasa “syahdu”… sbb bila jejak je 1 January (d day i was born).. teringat kat mak yg ssh payah lahirkan saya n pastikan sy membesar dgn susu ibu sepenuhnya, sampai semua adik beradik saya ada ibu susuan.

Seperti tahun2 sebelumnya, saya akn terus mempromosikan “penyusuan susu ibu”... seronok sgt bila semakin ramai rakyat malaysia sedar kepentingan susu ibu. Dan yang paling best bila orang dah semakin bole terima konsep “ibu/anak susuan”.

Saya mmg sgt seronok bila ada mothers yg request utk jdkan sy ibu susuan… Wpun mmg  pd mulanya sy tak kenal langsung mother yg sms tu, tapi mmg terus setuju.. Saya yakin stok susu utk my 2nd bby InsyaALLAH cukup.. kan ALLAH dh janji.. “tidak akan rugi org yg memberi”.

Alhamdulillah, buat setakat ni masih berjaya provide susu untuk Marissa (ank susuan sy yg sgt comel)..dh tak kira bp ratus ebm bg kat dia.. mmg sgt puas…n alhamdulillah susu utk Sumayyah (my 2nd bby) pun tak pernah putus… yg paling best susu cukup utk my elder boy jugak.

Semoga tirai 2011 menjadi pemangkin kpd kita semua utk pastikan ank2 mendapat khasiat n pendidikan awal yg sebenar melalui “penyusuan susu ibu sepenuhnya”.

Mmg bnyk sirah, hadis n ayat quran yg sgt menekankan tentang susuan. ..Taniah ramai yg berusaha utk breastfeed!.. tapi bila susu sndiri tak cukup..masih belum ramai yg “berani” utk cari “ibu susuan”

Sekiranya masyarakat sedar ttg pentingnya susu ibu bukan shj utk kesihatan tapi jugak perkembangan sahsiah n keperibadian anak2 pasti ramai yg bersungguh2 utk breastfeed.. dan sekiranya tak mampu, pasti ramai yg mencari ibu susuan bukannya lembu susuan..begitulah sunnah yg sepatutnya….

Jom cari ibu susuan sbg alternatif utk sempurnakan penyusuan ank2 kita selama 2 tahun!