15
06
2011
Terima Kasih ALLAH atas izin MU berjaya akhirnya aku breastfeed sepenuhnya Sumayyah genap setahun (19 mei ) dan Umar 3 tahun (24 Mei – and now time to wean off) yg lalu…
Mmg tak dinafikan perjalanan penyusuan utk seorng ibu sgt mencabar.. dan kdg2 aku pun hampir tewas..
tapi terima kasih sekali lg ALLAH krn beri aku sekeping hati yg “degil dan cekal” ..
terima kasih buat sume yg tak putus2 memberi sokongan (hubby, family, kwn2 dan ank2 yg menjadi “penenen tegar”)..terima kasih juga utk sume yg menentang, ku anggap ia sebagai cabaran yg mendidik aku menjadi lebih hebat setiap hari.
penat, sakit badan,tidur tak cukup, tak de masa nak pam, terlupa masuk susu dlm peti ais, ttinggal susu kat opis, black out, corong pam pecah, pam rosak.. ini sume warna-warni yg pernah terjadi pada aku spnjg menjadi “full time breastfeeding mother” (term baru yg aku cipta)..
ramai bertanya “mcmne susu bole banyk?”.. Pada aku yg penting “Pilih utk hidup bahagia” dan “cipta sbnyk mana ruang n peluang utk berjaya” .. “kecilkan masalah, dan jgn “ckp susu saya sikit”.. alhamdulillah tips ni mmg menjadi utk aku..
Utk semua para ibu di luar sana.. utk berjaya mmg tak de jln mudah.. tp bila niat kta baik, teknik n support yg betul..insya ALLAH dimudahkan.. berusaha!!!
131 views
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
6
12
2010
Soalan
Assalamualaikum..
Saya sedang mengandung 29 minggu. Ini adalah anak kedua saya. Anak sulung tidak saya bf secara eksklusif kerana saya kurang ilmu dan terlalu terpengaruh dengan cakap cakap orang…
Justeru, bila saya dapat tahu saya mengandung lagi, saya berusaha mencari seberapa banyak maklumat tentang bf.
Soalan saya:
Perlukan saya memerah susu sebelum bersalin?
ok.. kenapa saya tanya soalan ni… saya jenis cepat menggelabah. Saya takut kerana penat proses bersalin, takde susu yang keluar untuk baby…
Jawapan
Tq soalan yg sgt baik… ada pro n cons
Konsepnya lebih kurang sama dgn tandem nursing, Bole prepare breastmilk ni tapi dgn syarat, when u pump tak de any contraction happen, n tak rasa sakit kat mana2 bahagian rahim. You shouldn’t pump when you have a history of preterm labor. But as long as you are allowed to have sex, you can nurse/pump: an orgasm releases much more oxytocine then breastfeeding.
204 views
Comments : No Comments »
Categories : Q&A, Uncategorized
5
11
2010
Soalan
Sy bru terbaca laman web pn..sgt berbangga puan dapat myusukan anak sehingga umur lebih sthn…
saya baru diberi rezeki anak pertama yg berusia 2bulan lebih…skrg sye sudah bekerja.. boleh minta tips utk memperbykkan susu badan dan tips2 mase utk mengepam susu semasa bekerja..
apa yg sya amalkan..
Selama 2bulan anak sya full breastfeed tp slps anat pergi bby sitter, anak sya memerlukan 5botol 4oz setiap 1..sya hanye boleh produce 4botol,4oz shj sehari..
Sejak baru bekerja semggu, sya amik mase 20-30min setiap session utk pumping pd pkl 11pg dan 3ptg..dpt la 12-15oz n mlm pkl 3pgi bgn pump dpt dlm 4-5oz shj..so, anak sya x ckp susu bile di rumh bby sitter, 16oz sy bg tp kne top up 2oz susu tepung, sbb bby sitter ckp susu x ckp…
Saya harap puan dpt membantu dlm bntuk pemilihan makanan utk memperbykakan susu..semasa sy bekerja…
Respond saya
Untuk bnykkan susu badan :
- amalkan pemakanan seimbang : amik bnyk buah, sayur n bnyk minum air
- elakkan pengambilan kafein yg berlebihan
- elakkan pengambilan ubat2 yg bole mengurangkan susu
- kerap bg baby minum
- pam 2 jam sekali kat opis jika mampu n pastikan breast betul2 kosong
- kat rumah, pam sambil breastfeed baby
- bila tak keje pulun wat stock walaupun pergi bercuti
325 views
Comments : 4 Comments »
Categories : Q&A, Uncategorized
17
10
2010
Pages Facebook PilihanIbu.com baru saje dilancarkan. Pages ini fokus kepada barangan keperluan baby dan ibu2. Kalau berminat utk dapatkan maklumat promosi atau produk2 terkini, boleh klik button LIKE kat sini.
Kat bwh ni print screen button LIKE pages ni.

293 views
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
14
10
2010
Mmg pening bila anak2 refuse susu badan through bottle feed.
In my case, bby sitter dah jg ramai baby jd dia tak prefer dgn spoon feed or etc. Sumayyah ok je if spoon feed.
Last week paling critical sbb dia betul2 refuse n mengamuk2..
bukan tu je my 2nd bby ni bonding sgt dgn ibu dia n ssh nak dgn org lain tanpa kehadiran saya.
kdg2 sedih sgt bila g umh bby sitter sumayyah dah nangis tersedu3 (sumayyah ni bila nangis terus masuk gear 5..n org lain selain ibu dia ssh nk pujuk).
Mcm2 budak zaman millenium ni…baru 4 bulan dah sgt bijak pilih yg terbaik utk dirinya. .
Luluh hati seorg ibu tgk anak nangis mcm tu.. kesian sgt..balik umh lps amik sumayyh sy pulak yg tersedu2 nangis..
Dah few puting botol tukar..sumayyh tetap refuse..
Ya ALLAH tolong r….
187 views
Comments : 2 Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah, Uncategorized
22
08
2010
Masih terlalu ramai individu di luar sana yg kurang bersungguh-sungguh memberi susu ibu secara eksklusif kepada anak masing2…mcm2 alasan diberi.
Saya sgt tertarik dgn rancangan Oprah Winfrey 3 hari lepas di astro. Ada seorg ibu ni bersalin anak kembar 6, n yg hebatnya sume ank2nya diberi susu badan. Setiap hari dia pump 50-60 botol susu..hebat2.
Jadi apa lg alasan kita?.. bukan 50-60 botol..tapi 50 oz pun tak smpai kita kena pum sehari tapi dah mcm2 merungut..bukan 6 org tapi hnya seorng je kita breastfeed, tu pun dah mengeluh…
Ya ALLAH KAU beri kekuatan kepada kami agar mampu berikan hanya yang terbaik untuk anak2 kami..amin.
218 views
Comments : No Comments »
Categories : Breastfeeding, Difficulties in Breastfeeding, Uncategorized
14
07
2010
Petikan dari
olisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan.
ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap
497 views
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
24
06
2010
Hari ni genap 35 hari.. mmg sgt mencabar tandem nursing ni..menguji mental dan emosi…letih yg teramat..dan lapar jugak yg teramat…hubby pun smpai kesian tgk saya..berat mata memandang berat lg bahu memikul…he3
My 1st baby boy dah 2thn 1bln (on d way nak stop kn dia bf) and my new born baby br 35 hari…diaorg share sama2, so sweet..bnyk gak kebaikan dlm tandem nursing ni…bila sharing, si abang ni sgt lar caring dgn adik dia…lagi satu as demand n supply applied dlm breastfeeding ni, of course susu jd sgt bnyk...alhamdulillah.
Tp rasanya x mampu nk maintain…especially bila ramadhan nanti.. may be umar terpaksa diberhentikan…sedih jgk rasanya..tp tak pelar.. Umar, maafkan ibu…tp tgjwp yg sebenarnya utk bf Umar dah berjaya ibu laksanakan dgn izin ALLAH….
- 6 month exclusive bf
- 1 year 4 month full bf (stop jap 3 days coz ibu ada problem sikit during pregnancy)
- and until know still bf without formula milk
terima kasih ALLAH..moga KAU jadikan Umar anak yg hebat.
494 views
Comments : 8 Comments »
Categories : Pregnancy, Uncategorized
12
08
2009
Ntahlar..bila sume ni akan berakhir..setiap hari rasa gerun..paling takut sbb ada baby..g keje skrg pun dah pakai “face mask”. Mcm2 email dpt pasal H1N1. Antaranya petua hari ni yg diamalkan di arab saudi minum air yg direbus bersama jintan…sebelum ni ada yg bagitau kene amik bnyk vitamin-C..kalau bole bole orange n apple hijau tu kena mkn setiap hari..mcm2 lagi lar…
Yg penting, kita sebagai ibu yg masih meneruskan “breast feeding”..harap dapat terus bertahan utk supply lebih bnyk susu yg berkhasiat utk baby. Sbb saya yakin n percaya itulah ubat yg paling mujarab utk baby kita dlm menangani krisis H1N1 ni.. moga ALLAH mudahkan urusan kita semua.
323 views
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
20
05
2009
Segala syukur ke hadrat Allah SWT..akhirnya tengahari tadi kami sekeluarga dapat khabar gembira visa umrah telah diluluskan oleh kedutaan Arab Saudi. Timbul kerisauan juga apabila ketua rombongan umrah memaklumkan visa masih belum diluluskan sejak petang semalam. Maybe pasal virus selsema babi merisaukan setiap negara meluluskan kemasukkan pelancong luar.
Khabar gembira tersebut memberi semangat untuk membuat persediaan terakhir dengan menukar wang Rial Arab Saudi. Money changer memaklumkan RM 97.80 = 100 Riyals..
InsyAllah malam ni akan packing terakhir sebelum berangkat esok pagi.
392 views
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
Komen Terkini