Sertai Mailinglist AzyanMasiron.net sekarang dan anda akan menerima setiap artikel berkaitan Penyusuan Susu Ibu terus ke Inbox anda. Langgan Sekarang

Q&A: Susu Badan Ada ke Tak?

26 01 2011

Soalan:
nak tanya, dulu wkt 1st pregnancy, dlm 8 bln gtu dah ada susu, tp xde banyak..
tapi 2nd baby ni, dah masuk 9 bln, xde pulak?
1 ~adakah kebarangkalian nnt susu akn lmbt kluar@sedikit bila baby dah lahir.
2 ~then macamna nak bg susu terus ada bila baby dah lahir, cause 1st baby dulu amik masa jg 2-3 hari juga baru susu kluar banyak…

Jawapan Saya :

Salam, …
1.Bukan semua org susu akan keluar semasa pregnant, dan itu bukan indicator ibu tersebut banyak susu ataupun tidak.

If susu lambat kuar nanti perlu stimulate..antara caranya, lepas deliver in 1 hour mesti bg bby direct breastfeed.. if susu kurang sgt/ or rasa tak keluar mintak bantuan dari nurse utk stimulate dgn cara urutan k.

2. … 2-3 hari mmg susu tak bnyk sgt..sbb perut bby kecik je sebesr guli..  so jgn riasu ye

think +ve n enjoy breastfeed k






Perlu Tak Prepare Breastmilk Sebelum Bersalin

6 12 2010

Soalan

Assalamualaikum..

Saya sedang mengandung 29 minggu. Ini adalah anak kedua saya. Anak sulung tidak saya bf secara eksklusif kerana saya kurang ilmu dan terlalu terpengaruh dengan cakap cakap orang…
Justeru, bila saya dapat tahu saya mengandung lagi, saya berusaha mencari seberapa banyak maklumat tentang bf.
Soalan saya:
Perlukan saya memerah susu sebelum bersalin?
ok.. kenapa saya tanya soalan ni… saya jenis cepat menggelabah. Saya takut kerana penat proses bersalin, takde susu yang keluar untuk baby…
Jawapan

Tq soalan yg sgt baik… ada pro n cons
Konsepnya lebih kurang sama dgn tandem nursing, Bole prepare breastmilk ni tapi dgn syarat, when u pump tak de any contraction happen, n tak rasa sakit kat mana2 bahagian rahim.  You shouldn’t pump when you have a history of preterm labor. But as long as you are allowed to have sex, you can nurse/pump: an orgasm releases much more oxytocine then breastfeeding.





Bole Tak Bottle Feed Bby Guna Storage Bottle?

5 12 2010

Soalan

Salam Yan…

Nak tanya sikit pasal susu ibu nie..
Saya baru sj melahirkan anak sebulan yang lepas dan sudah membuat stok susu
untuk baby saya apabila saya berkerja nanti….

EBM yang dah saya frozenkan akan saya cairkan dulu malam sebelumnya. Untuk
pengetahuan Yan, EBM saya simpan ke dalam storage bottle (free BPA) dan storage
bag. Soalan saya,

1) bolehkan baby disusukan terus menggunakan storage botol tu? Setahu
saya, storage botol tidak sesuai untuk baby…… Apakah botol susu yang paling
sesuai untuk baby?

2) Kalau kita menggunakan botol susu yang lain, adakah BS akan tranfer EBM dari
storage bottle? ini kerana botol susu yang kita bekalkan mungkin hanya 2 botol
sahaja. Betul tak???

Boleh kongsikan pengalaman Yan tak??

Jawapan

Saya jwp terus ye..

1. bole je bg terus dari storage botol tu. Botol susu yg paling sesuai ialah botol yg ank u bole terima… mahal muarah tak penting..if bby suka yg bukan BPA free, just make sure at least evry 6 mnth u tukar k.

2. soalan yg ni u kene deal dgn bby sitter, mcm Yan bby sitter panaskan dari storage botol pastu masukkan dlm feeding botol br bg kat baby.

tq






Macamana Nak Buat Double Pumping Nih?

25 11 2010

Soalan

Yan biasa buat double pumping kan? memang berbeza ke if gunakan single pumping je (dari segi oz pengeluaran susu). macam kawan dia lg prefer guna single pumping utk kedua2 belah dari buat double pumping sekali..

lg satu, macamana nak buat double pumping nih? kena pegang dengan tangan ke?

sori la tanya soklan mudah nih..heheheh…cz takde pengalaman guna pump elektrik ni

Jawapan

Tq Shazian kerana bertanya.

Utk kes Yan n beberapa geng mengepam di ofis, yes..double pump membantu tingkatkan kuantiti susu.

double pumping mudah, jimat masa n kurangkan stress kita sbb dlm 15 minit leh settle dua2 breast.

bila ibu stress susu pun bole kurang..sbgai ibu bekerjaya kdg2 kita tak de bnyk masa.

sng je double pumping ni, bole guna nursing bra kita : masukkan corong dlm bra n klip..pastu pump n tak pyh pegang..bole jd freestyle ..he3 mudah kan






Anak Tak Nak Botol, Nak Buat Apa?

15 11 2010

Soalan

salam, anak sy x nk  minum m’gunakan puting botol susu, wlaupun dr susu yg di perah.cmna nk buat dia nk minum susu melalui botol susu?
baby br 2 bln.sy bekerja sendiri & bawa baby ke ofis, next month ada outstation, tu yg risau.sy dh start buat stok EBM.

Jawapan

Salam hanie,

Ramai org ada masalah yg sama…jgn risau kita cuba dulu mcm2 cara k. Antaranya :

  1. kena identify, dia tak nak puting tu atau dia tak nak susu?….. cuba bagi fresh breastmilk (lepas perah sblm masuk peti ais). If dia nak direct tapi fresh milk kat botol tu dia tak nak, maksudnya dia tak suka puting tu.
  2. Cari n cuba puting2 lain… cara ni penat sikit..kena try n error..cuba puting MAM, Nuk, Dr.Baby….. cuba ni dulu..
  3. Lagi satu cari bg guna sudu or picagari (perlahan2 n sikit2 bg)
  4. perlahan2 ms breasfeed cakap dgn bby knp bukan setiap ms dia bole direct breastfeed
  5. doa n tawakal

Apa2 pun cara..kena tanya n bincang dgn org yg nak jg anak kita tu k

Notes:… apa2 pun cara..utk train baby if possible mintk bantuan org lain..if kita sendiri yg bg agak sukar sbb baby bole bau ibu dia ada..hebat kan

b +ve k






Macammana Nak Bnyakkan Susu Badan?

5 11 2010
Soalan
Sy bru terbaca laman web pn..sgt berbangga puan dapat myusukan anak sehingga umur lebih sthn…
saya baru diberi rezeki anak pertama yg berusia 2bulan lebih…skrg sye sudah bekerja.. boleh minta tips utk memperbykkan susu badan dan tips2 mase utk mengepam susu semasa bekerja..
apa yg sya amalkan..
Selama 2bulan anak sya full breastfeed tp slps anat pergi bby sitter, anak sya memerlukan 5botol 4oz setiap 1..sya hanye boleh produce 4botol,4oz shj sehari..
Sejak baru bekerja semggu, sya amik mase 20-30min setiap session utk pumping pd pkl 11pg dan 3ptg..dpt la 12-15oz n mlm pkl 3pgi bgn pump dpt dlm 4-5oz shj..so, anak sya x ckp susu bile di rumh bby sitter, 16oz sy bg tp kne top up 2oz susu tepung, sbb bby sitter ckp susu x ckp…
Saya harap puan dpt membantu dlm bntuk pemilihan makanan utk memperbykakan susu..semasa sy bekerja…
Respond saya
Untuk bnykkan susu badan :
  1. amalkan pemakanan seimbang : amik bnyk buah, sayur n bnyk minum air
  2. elakkan pengambilan kafein yg berlebihan
  3. elakkan pengambilan ubat2 yg bole mengurangkan susu
  4. kerap bg baby minum
  5. pam 2 jam sekali kat opis jika mampu n pastikan breast betul2 kosong
  6. kat rumah, pam sambil breastfeed baby
  7. bila tak keje pulun wat stock walaupun pergi bercuti





Supplement Utk Tambah Susu Badan

28 09 2010

Soalan

Baru-baru ini saya ada membaca mengenai PIL FENUGREEK boleh memperbanyakkan susu ibu, dan ofismate saya ada yang minum MILKMAID  TEA..

Adakah ianya membantu memperbanyakkan susu? dan mana satu lebih baik PIL FENUGREEK atau MILKMAID TEH?
Jawapan :
Sejujurnya, ibu tidak perlu bergantung kepada amalan pemakanan perangsang seperti ini.
Walaubagaimanapun,if nak amik, supplement ni kena try n error..ada org sesuai ada yg tak.. terpulang..
Tapi sekali lg perlu diingat dlm amaln pemakanan utk ibu yg menyusu tidak disarankan utk amik apa2 supplement.

yg penting amalkan pemakanan sihat n seimbang.. elakkan kafein n ubat yg boleh kurangkan susu.

Amalan meminum terlalu banyak air halba (fenugreek) adalah tidak disarankan. Kadangkala ia nya mengundang permasalahan lain. Eg. ibu akan merasa sakit perut, blood sugar levels akan menurun menyebabkan ibu kelesuan dan mungkin rasa mcm nak pitam. Bayi berkemungkinan kolik dan meragam.





Period Sebabkan Production Susu Ibu Down?

22 08 2010

Soalan

Betul ke bila period pengeluaran susu ibu akan berkurang?

Jawapan

Betul. Ini disebabkan bila perubahan hormon dlm badan berlaku bila kita period.

Tapi bukan semua orang akan mengalami masalah yg sama. Ada sesetengah individu pengeluaran susu badannya tetap maintan.






Perlu ke Deep Freezer Utk Susu Ibu

13 08 2010

Soalan

Tak paham lar, kenapa perlu beli deep freezer.?

Jawapan

Deep freezer bukan satu kewajipan… ia jd satu keperluan bila peti ais dah penuh tak muat dah nak letak ayam ikan n lain2. Bila stok susu dah terlampau bnyk barulah bole beli deep freezer.

Satu lagi dlm deep freezer susu bole thn 6 bulan compare tu peti ais 2 pintu, yg beku leh tahan 3 bulan je.







Persediaan ke Rumah Pengasuh

12 08 2010

Soalan

Sy baru je nak berjuniak2 ngan susu ibu, anak sulong born 15 jun lps.  Setakat ni still full BF. ni dah 2-3 hari lg nak masuk keje. Mcm baru sedar dr mimpi. Baru nak kumpul stok, baru nak kenalkan puting tiruan. Nak nangis rasa. Bole tak kyan bg sikit tips apa perlu sy buat skrg utk persediaan ank ke rumah pengasuh?  Setakat ni ada sikit stok dah buat.

Jawapan Saya

Salam,

Alhamdulillah dah ada stok walaupun sikit. Antara persediaan yg perlu sebelum naik keje ialah:

  1. Stok susu (EBM) mesti dah ada. Sikit pun tak pe bnyk lagi bagus…
  2. Sehari sebelum naik keje, susu yg diperah tak payah bekukan dulu, spy esoknya bole hantar yg fresh pd pengasuh.
  3. Beberapa hari sebelum naik keje dah start ajar guna botol. Selang2 dgn direct feeding. Sbenarnya kalau kene suruh org lain yg bagi..sbb if ibu yg bg bby still bau susu kita n ssh sikit nak ajar.. tak pe if masa dah nak hantar pun bby still refuse guna botol, slowly dia akan belajar kat umh pengasuh. (tapi kesian lar pengasuh kena sabar sikit)..better ajar awl2 k lain kali.
  4. Hari 1st hantar, kene standby, if bby nangis2 kene lar g tgk jap. Selalunya bby ok sbb dia tak kenal org lagi. Tapi ada certain baby yg nangis masa 1st day..he3 anak kyan mcm tu.
  5. Pam n segala gadget jgn lupa bwk g opis k.
  6. Lastly, kena hepi n kawal mental..nak full breastfeed mmg bukan mudah..hanya ibu yg hebat je yg mampu.. kyan yakin awk pasti hebat!