31
03
2009
Umar dah masuk 10 bulan…thanks ALLAH..gigi dah tumbuh 4 batang..very active and talkative..
lagu utk anak ibu…
“Umarlah permata anak kesayangan…
Kebanggaan ibu & abi…
Umar dibesarkan dgn kasih syg..
hanya yg terbaik utk mu
Menjadi harapan di masa hadapan
Umarlah anak yg cemerlang”
380 views
Comments : 1 Comment »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah
17
03
2009
Baru-baru ini baby saya yang berusia 9 bulan demam setelah beberapa bulan tidak demam. Setelah dilihat mungkin my baby demam kerana nak tumbuh gigi di sebelah atas.
Antara peralatan yang saya rasa wajip ada pada setiap keluarga ialah termometer bagi menyukat suhu badan baby sekirannya demam panas. Melalui pembacaan saya, baby hidap demam panas yang tidak di atasi dengan kadar segera berisiko tinggi diserang penyakit lain. Antaranya ada anak yang menjadi cacat kekal kerana lambat membawa anak ke klinik atau hospital.
Bagi langkah awal, saya rasa ibu bapa mempunyai tanggungjawap untuk menyukat suhu baby dan sekiranya perlu menurunkan suhu baby sebelum anak dihantar ke klinik berhampiran. Dalam situasi ini, saya rasa para ibu bapa amat memerlukan termometer samaada disukat melalui mulut, ketiak atau telinga.
Dalam ruang ini saya juga nak bertanya apakah peralatan lain yang perlu ada dalam sebuah keluarga terutamanya bagi yang sedang atau akan dapat baby pertama.
932 views
Comments : No Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah, Health & Growth
9
03
2009
Syukur kepada Allah..
Akhirnya Umar berjaya juga disunatkan pada umur 6 bulan. Cabaran juga apabila kitaorng decide untuk sunatkan anak sulung pada waktu baby lagi dan di sekeliling tidak ada anak saudara yang sebaya disunatkan waktu baby. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terpikir oleh kami berdua.
Sewaktu menanti giliran untuk baby Umar disunatkan, bilik menunggu tu sesak juga kerana ramai kanak2 juga sedang menunggu giliran kerana pada waktu itu adalah cuti sekolah. Biasalah cuti sekolah yang panjang memang sesuai utk kanak bersunat. Rupanya bukan saya sahaja yang sedang berdebar, ada seorang ibu di sebelah saya sebenarnya sudah 3 malam tak tidur… Itulah dia perasaan seorang ibu…hanya ibu yang faham.
Antara faktor yang mendorong kami untuk sunatkan Umar ialah sebelum ini ada terbaca kisah cucu rasul SAW yang disunatkan ketika bayi lagi.
Pada post akan datang saya akan berkongsi seterusnya seperti apabila umar di dalam bilik bedah.
260 views
Comments : No Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah
3
03
2009
Rasanya dah tiba masa untuk saya mencoretkan pengalaman di blog ini. Bukan nak bangga diri dan bukan juga mencari publisiti. Berkongsi pengalaman mungkin amat berharga apabila menjadi panduan kepada orang lain.
Atas beberapa faktor maka blog ini diwujudkan bagi mendokumenkan segala pengalaman bagi setiap ibu-ibu atau bakal ibu di muka bumi ini. Diharap ramai ibu-ibu diluar sana dapat berkongsi pengalaman di sini agar dapat menjadi panduan kita bersama.
Selamat berkongsi..
468 views
Comments : 5 Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah
Komen Terkini