Resepi Kuah Spaghetti

8 10 2009
  1. Tumis bawang hingga naik bau
  2. Masukkan ayam/daging hancur, kacau hingga kekuningan
  3. Masukkan sos spaghetti (pastikan ada halal, biasanya kalau Prego yg dlm botol kaca tak de halal n bukan made in Malaysia. To be save beli yg dlm tin)
  4. Masukkan lada banggala, carrot,tomato dan sosej.
  5. Masukkan tomato puree (kalau tak suak masam letak sikit je) / ganti dgn asam keping pun sedap je..
  6. Lastly Garam secukup rasa.

**jgn lupa rebus spaghetti ye..kalau tak mkn kuah jelar…




Mudah Sediakan Bubur Nasi Dgn Periuk Tanah

9 09 2009

Mungkin sahabat2 diluar sana ada cara lain yg lebih baik. Tapi buat setakat pengalaman sendiri, pada saya gunakan periuk tanah sgt praktikal utk masak makanan baby.

Senang je caranya:

  1. Beli periuk tanah (kat nilai 3 dlm RM5-RM15)
  2. Basuh periuk tanah bersih2 sblm guna utk kali pertama.
  3. Masukkan segenggam beras dlm periuk tanah dan basuh.
  4. Letak sedikit air dan masak atas dapur selama 5 minit.
  5. Masukkan ikan bilis, sayur n sedikit.
  6. Selepas 10 minit bubur pun siap..dah tak yah blender sbb teksturnya dah sgt halus.



Lovely Makaroni Goreng

14 08 2009

Seronok bila Umar dah pandai makan mcm2.. so hari ni saje test power wat makaroni goreng..tak sangka sedap pulak tu..nak buat sng je. Bahan2nya (cukup utk hidangan ibu,abi dan Umar):

Bahan A

  1. 4 biji tomato
  2. 5 ulas bwg putih
  3. 3 ulas bawang kecil
  4. 1 ulas bwg besar
  5. 2 cm halia
  6. 3 batang cili besar

 Bahan B

  • 200 gram Makaroni (direbus dgn air mendidih, letak garam sikit n minyak spy tak lekat n cantik bila goreng)
  • minyak masak
  • garam
  • tomato puri
  • daun origano
  • bawang besar di hiris
  • lada banggala dihiris
  • ayam/daging cincang

Cara-caranya :

  1. Blend semua bahan A hingga hancur (letak sikit je air)
  2. Panaskan minyak dlm kuali
  3. tumiskan bwg besar bersama ayam/daging cincang
  4. masukkan BAHAN A. Kacau perlahan2 hingga masak
  5. masukkan tomata puri (kalau x suka masam,masuk sikit je tau) dan lada banggala
  6. last sekali masukkan makaroni, daun origano dan garam secukup rasa.
  7. ok ready to eat!!!

excited rasa bila sedap…sbb saya ni tak pandai masak….




Didik Baby Suka Makan Sayur

12 08 2009

Ramai dikalangan kita hadapi masalah anak tak nak makan sayur…saya pun tak de lar pandai sgt..cuma pernah terbaca (tapi tak ingat kat mane), bagaimana nak buat anak suka makan sayur.

Bak kata pepatah, “lentur buluh biar dari rebungnya”.. So, apa usaha yg kita bole cuba ialah :

  1.  kita sendiri kena suka makan sayur dulu
  2. Perkenalkan sayur2 yg pahit mcm sawi, brokoli, kacang botol dan daun turi sblm perkenalkan bayi kita dgn makanan yg manis mcm buah-buahan.
  3. Sayur2 tu bole diberi dlm bentuk “puri”..tapi hati2 jgn terlalu bnyk bagi puri sayuran, sbb serat dia tinggi sgt takut baby sakit perut lar pulak.

Simple je kan…utk anak yg pertama ni saya dah berjaya..Sekarang Umar dah 1 tahun++ n sgt suka mkn sayur..kacang botol pun dia bole makan mcm tu je.

Semoga berjaya!