Umar Cirit- birit

10 02 2010

Last weekend bwk Umar g mandi kat sungai Congkak..esoknya perut dia meragam..muntah dan bila BO (buang air besar) cair sgt..very watery..

Saya ingat bukan cirit-birit..sbb Umar buang air besar 2-3 kali je sehari…

Tapi rupa2nya doktor kata if najis watery itu tanda cirit-birit walaupun tak kerap…ooooo..baru lar tau

Antara ubat yg doktor bagi:

  1. Charcoal (dlm bentuk pil yg perlu dilarutkan)…hitam giler warnanya
  2. smecta (air garam)
  3. ubat sakit perut - nama x pasti..sbb tak leh nak baca kat botol ubat tu
  4. ubat muntah



Ubat Cacing - Vemizol

9 01 2010

Hari ni Umar amik ubat cacing yg pertama dlm hidupnya. Mengikut doktor, selepas berumur setahun, kanak2 perlu diberi ubat cacing setiap 6 bulan sekali. Ubat ni dapat bunuh 6 jenis cacing …..wah..bnyk betul cacing dlm dunia ni…he..he…:

  1. cacing gelang
  2. cacing cambuk
  3. cacaing kait
  4. cacing kerawit
  5. cacing benang
  6. cacing pita

Jangkitan cacing ni sbb telur cacing masuk dlm badan..samada melalui makanan,minuman atau luka. Cacing ada dkt persekitaran yg tercemar. Tanda2 trkena cacing:

  1. letih
  2. mual/muntah
  3. susut berat badan
  4. cirit birit
  5. sakit perut

Tapi ingat : ubat cacing tak bole bagi semasa bayi kurang sihat sprt demam atau cirit birit. Ibu mengandung n baby bwh setahun pun tak bole jugak. Ok…bersamalah kita jg kesihatan anak2.




Istilah..”Ibu, Umar Nak BO/PU.”

19 10 2009

Nak BO ke PU?….pernah terdengar seorang ibu tanya pada anak dia kat bilik air. Tak phm apa yg ditanya tapi pasti mesti tu istilah yg diguna untuk  ganti perkataan buang air besar/kecil.

Mcm2 istilah ibubapa guna utk ajar anak2. Saya pun sbnrnya sdg mencari2 apa perkataan nak ajar pada Umar.

Kdg2 org guna Syi2-buang air kecil, Uuuu-buang air besar..kelakar gak kdg2 dgr.

Tapi mmg tertarik dgn istilah BO & PU. Rupanya2 itu term yg medical guna. BO=bowels  open & PU= passed  urine.

So lepas ni bole r ajar Umar.:

BO -> Buang air besar

PU -> Buang air kecil




Ice Cream Vanilla Redakan Ulser

8 10 2009

Sabtu lepas bnyk sgt ulser dlm mulut Umar..lebih dari 10..kesian Umar nangis2 bila nenen. Tambah lagi dgn 2 gigi geraham n gigi depan seblh bwh yg baru nak tumbuh. Kesian anak ibu!

Seharian Umar tak nak mkn..lastly ibu suap ice-cream vanilla lepas tu Umar terus tdo..alhamdulillah. Mungkin sbb ice-cream tu sejuk, jd lps tu ulser tu terus berkurang..skrg dah baik dah.. tq ALLAH!

Sekarang Umar dah ada 10 batang gigi yg comel dlm usia 1 thn 4 bln.




Asam Jawa Penawar Bisul

16 08 2009

Semalam terperasan ada bisul yg sdg membesar dkt kepala Umar. Terbayang kalau nanah n darah kuar nanti mesti Umar sakit..

So, saje2 try gune “asam jawa” (ni petua mak saya, nenk kepada Umar..he..he..). Caranya sng je, amik asam jawa letak kat bisul tu.

Alahamdulillah pagi tadi tgk bisul tu dah mengecil…tq Mak, bg petua..tq ALLAH izinkan Umar baik.

Saya pun tak pasti penjelasan saintifik mengenai asam jawa ni.. tapi mujarab. Selamat Mencuba!




Batuk & Selsema

9 07 2009

Dah almost 2 weeks Umar selsema and lately ni dia dah mula batuk2.. sekarang ni mmg tgh musim, ramai sgt yg tak sihat. Tadi bwk Umar g klinik, bnyk jugak r tanya doktor tu pasal ubat.

Pada saya penting utk kita amik tau apa ubat yg doktor bagi. Before this last 2 months rasanya paed bagi umar Asmin Expectorant (ubat ni kalau batuk berkahak) dan Actifed (utk selsema).

Hari ni pulak..sbb kahak Umar still at the beginning stage, doktor just bg Rhinathiol (ubat batuk) and Mucolytic Granules (ubat ni membantu keluarkan kahak melalui najis).

Selain penting utk memastikan baby diberi dos yg betul, sikit sebanyk pasal ubat kita mesti amik tau.




Kenapa baby nangis

15 05 2009

Ada bnyk sbb knp baby nangis. Kebanyakkan dari kita rasa “baby LAPAR kot”…, rasa “baby tak cukup susu”…mula r cari option bagi susu formula, start bg solid food (wpun below 6 mnths)…baby kembong (sbnrnya kalau baby full BF susah bangat nak kembong)

Last month pergi melawat cousin, wife dia baru bersalin..sedih betul sbb dah campur susu formula. Bila dia bg susu formula baby dia tdo lama so dia assume BF tak cukup.

Alhamdulillah, dgn sikit ilmu ni, saya pun explain..susu ibu cepat khadam sbb tu baby cepat lapar..compare tu FM yg lebih mengenyangkan..so baby tdo lama sikit. Baru dia ok lepas tu..asyik risau je susu dia tak cukup.

Ada jgk mak kita bila baby nangis je suh bagi solid food..itupun tdk digalakkan for baby below 6 mnths.

So, kalau baby asyik nangis try cek benda2 lain jgk sprt:
1. ada bwk baby kuar waktu maghrib dan ke atas tak
2. kalau ada org dtg melawat dari jauh, dioarang amik wuduk atau baca
ayat qursi tak sblm pgg baby
3. lps balik keje pun kene amik wuduk n baca ayat kursi sblm amik baby
waktu maghrib jgn tinggal baby sorang2..(better pangku baby tu)
4. ataupun g jumpa doktor cek kalau baby tak sihat..

Dulu Umar pun ada masa2 yg dia asyik nangis ..smpai panic gak r..Alhamdulillah lepas 2 kali bwk g darul syifa’, ngaji kat dia..dgn izin ALLAH dah ok dia skrg.




Bila Baby Demam

7 04 2009

Dah 2 hari Umar demam (alhamdulillah tak meragam sgt). Mlm smlm suhu die 38.6c. Mujurlah Umar ada abi yg prihatin smpai tak leh tdo risau suhu Umar meningkat..sikit2 cek (tak sia2 beli termometer mahal2).

Actually smlm dah g jumpe Doctor biasa ..hari ni double cek dgn paedratition..itu yg kami selalu practice (ye lar anak first ilmu tak bnyk lg n better refer pd yg expert).

So ni yg paedratition advised kalau bby demam :

1. Tuam dgn air suam, air paip pun bole tapi jgn sekali2 guna ais…

2.Bagi mkn ubat (kalu teruk dmm bg 4 jam sekali;ats nasihat doktor)

3.If suhu >38.5c masukkan ubat dari bawah .(If i’m not mistaken, kalu suhu <38.5c, ubat tu tak kan cair dlm bdn dan akan terkeluar semula)




Tool Persediaan Baby Demam

17 03 2009

Baru-baru ini baby saya yang berusia 9 bulan demam setelah beberapa bulan tidak demam. Setelah dilihat mungkin my baby demam kerana nak tumbuh gigi di sebelah atas.

Antara peralatan yang saya rasa wajip ada pada setiap keluarga ialah termometer bagi menyukat suhu badan baby sekirannya demam panas. Melalui pembacaan saya, baby hidap demam panas yang tidak di atasi dengan kadar segera berisiko tinggi diserang penyakit lain. Antaranya ada anak yang menjadi cacat kekal kerana lambat membawa anak ke klinik atau hospital.

 

Bagi langkah awal, saya rasa ibu bapa mempunyai tanggungjawap untuk menyukat suhu baby dan sekiranya perlu menurunkan suhu baby sebelum anak dihantar ke klinik berhampiran. Dalam situasi ini, saya rasa para ibu bapa amat memerlukan termometer samaada disukat melalui mulut, ketiak atau telinga.

Dalam ruang ini saya juga nak bertanya apakah peralatan lain yang perlu ada dalam sebuah keluarga terutamanya bagi yang sedang atau akan dapat baby pertama.




Fontanelle / Ubun2 Baby

11 03 2009

Bila ader baby ni semakin terasa hebatnye ciptaan ALLAH…melihat umar growth day by day…month by month…makin banyak pulak rasenye persoalan yg timbul dalam kepala ni…

Lately ni selalu tertanye2 pasal fontanelle (ubun2…ye kot ejanye dlm bahasa melayu) atau “soft sport” atas kepala Umar. Pernah terbaca yg fontanelle ni akan tertutup dlm masa bby 8 bln. Yesterday lepak umah ely, rase kepala bby die dh tak de fontanelle tu (she is 4 months younger than my boy)…terkejut2…maklumlah first bby…cuak r jugak..balik umh je terus cek dlm buku n surf dkt wikipedia…rupa2nya bergantung pada sizenya…ader bby dua tahun dan ader jugak yg tak tertutup selamanya (tapi sizenya makin kecil).
Yg perlu dirisau bile fontanelle tu lekuk ke dalam (sunken fontanelle) ni indicates dehydration, whereas a very tense or bulging anterior fontanelle indicates raised intracranial pressure.
Ok tak risau lagi…..tq ALLAH!