2
09
2010
Soalan :
Saya tak tau apa2 tentang penyusuan, tp bercadang untuk bagi baby yg bakal lahir susu ibu sepenuhnya. Jadi apa checklist yg perlu saya ada?
Ayus, Selangor.
Jawapan Saya:
First of all, taniah kerana memilih susu ibu. Ok, ni yg perlu ada:
- Mula2 sekali mesti ada niat utk breastfeed baby dgn bersungguh2. (bukan mudah nak berjaya..kena kuat semangat)
- Cari ilmu tentang penyusuan (bole surf, cr kat buku,majalah)
- Dapatkan sokongan – Join blog mcm susuibu.com, contact mana2 malaysian breastfeeding peer counselor (PC) yg terhampir n join kwn2 yg breastfeed gak
- Pastikan baby hanya diberi susu ibu sejak dilahirkan – perlu discuss dgn hubby,doktor n nurse yg sambut baby.
- Sekiranya susu tak de selepas kelahiran terus dptkan bantuan doktor/nurse/PC
- Buat stok susu sebulan sebelum kembali bekerja (bila ader stok bnyk kita tak stress)
- Dapatkan gadget2 utk buat stok susu ibu (cooler bag, ice pack, storage). Yg ni kalau bole compulsory.
- Belajar teknik pum susu dgn tangan atau beli pump yg sesuai.
- Last but not least..doa n tawakal pd ALLAH mg dimudahkan segala urusan.
Harap basic info ni dpt memberi panduan kepada ayus.. njoy breastfeed.
386 views
Comments : 2 Comments »
Categories : Breastfeeding, Breastfeeding Management
1
09
2010
Terharu sgt masa dpt sms ada org org request for my ebm (stok susu ibu). Bangga dgn mother tu sbb sgt bersungguh2 utk memberi yg terbaik utk anaknya. Bukan sng org nak decide utk cr ibu susuan. Setakat ni bnyk feedback -ve yg sy dpt..mungkin disebabkan oleh persepsi masing2 tentang hukum hakam susuan dlm Islam. Lebih2 lg bila melibatkan org2 yg belum dikenali.
Bila sy cerita psl susuan ni, ada my fren yg terkejut n respond: “Eh, ada lg ke amalan mcm ni zaman skr?”….
Pada saya islam tu mudah n sgt cantik, once dah jd anak susuan the baby turn to be like our own child..real sibling to my son n daughter..mahram selamanya (dgn 5 kali kenyang susu ibu). Yg penting kena make sure ank2 tau siapa adik beradik susuannya.
Tak kisah lar apa pendapat setiap org, yg penting bila seorg ibu tak mampu breastfeed anknya ats sbb tertentu, sunnahnya cari ibu susuan bukan lembu susuan. Alhamdulillah, akhirnya dpt lg sorang ank susuan. Bole tlg habiskan stok susu ibu yg melambak2 tu.
p/s: anyone yg intersted nak cari ibu susuan, leh direct kol my hphone sbb my fren tgh cari anak susuan jugak.
275 views
Comments : 1 Comment »
Categories : Breastfeeding
22
08
2010
Masih terlalu ramai individu di luar sana yg kurang bersungguh-sungguh memberi susu ibu secara eksklusif kepada anak masing2…mcm2 alasan diberi.
Saya sgt tertarik dgn rancangan Oprah Winfrey 3 hari lepas di astro. Ada seorg ibu ni bersalin anak kembar 6, n yg hebatnya sume ank2nya diberi susu badan. Setiap hari dia pump 50-60 botol susu..hebat2.
Jadi apa lg alasan kita?.. bukan 50-60 botol..tapi 50 oz pun tak smpai kita kena pum sehari tapi dah mcm2 merungut..bukan 6 org tapi hnya seorng je kita breastfeed, tu pun dah mengeluh…
Ya ALLAH KAU beri kekuatan kepada kami agar mampu berikan hanya yang terbaik untuk anak2 kami..amin.
218 views
Comments : No Comments »
Categories : Breastfeeding, Difficulties in Breastfeeding, Uncategorized
14
08
2010
Setiap org ada pendapat yg berbeza mengenai isu buat stok EBM (expressed breast milk) ni. Ada yg rasa x payah wat stok bnyk2..ada pulak yg yg sampai beratus2 EBM.. apa2 pun pendapat tak de yg salah dlm isu ni. Yg penting anak kita dapat susu yg terbaik dari kita n bole survive sampai 2 tahun tanpa susu formula.
Cuma agak tertarik nak bercerita pasal isu sikit ke bnyk EBM ni sbb ada seorng kwn tertanya2 kenapa saya bersungguh2 sgt smpai beli deep freezer semata2 nak simpan susu. Sbb ada seorng lg kawan, tak de stok yg bnyk pun tahap “kais pg mkn pg, kais petang mkn ptg”, susu pam hari ni utk esk..bole dikatakan begitular. Tapi still berjaya exclusive 6 month n continue smpai sekarang.
Pada saya, jawapannya mudah..kena sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tau apa yg mungkin terjadi akan dtg. So sementara ada daya n susu yg bnyk tak salah utk pulun wat EBM. Semuanya utk masa depan.
Saya sebenarnya amik iktibar dr seorng kwn yg sgt bersemngat utk full breastfeed anaknya. Tiba2 dia disahkan denggi n warded selama beberapa hari. Disebabkan ubat yg doktor bg, dia tak bole breastfeed anaknya. Akhirnya terpaksa bg formula milk sbb kwn saya tu tak de stok EBM yg bnyk.
So, saya pun bersemnagat nak buat stok..skrg ada hampir 150 bekas dlm deep freezer (otai2 breastfeed yg lain lg banyk).
Ada lg satu sbb saya rasa perlu utk buat EBM yg byk, supaya kita bole tolong org lain lestarikan impian penyusuannya, dgn cara jd ibu susuan.
So no matter what u think.. jom support breastfeed!
p/s: utk Sumayyah: If ibu ditakdirkan pergi dulu, semoga stok EBM yg bnyk tu dapat digunakan sebaiknya sebelum dpt ibu susuan yg lain. Ibu syg kamu.
601 views
Comments : 6 Comments »
Categories : Breastfeeding, Memory in Breastfeeding
5
08
2010
Best jugak crowd dkt hospital Serdang hari ni sempena sambutan minggu penyusuan Ibu. Paling best dpt dgr ustaz Hasni berceramah.
Mmg bnyk sirah, hadis n ayat quran yg sgt menekankan tentang susuan. Tpi syg nya kita dlm komuniti Islam masih kurang kesedaran. Menurut ustaz, melalui pengalamannya berforum bersama wardina suatu masa dulu, Wardina mengatakan, di Australia n New Zealand, susu formula ni hanya di jual di farmasi sbg tanda mereka sgt2 lar promote breastfeed.
Tapi di Malaysia lain pulak..even dkt petrol pam pun jual susu formula.
Sekiranya masyarakat sedar ttg pentingnya susu ibu bukan shj utk kesihatan tapi jugak perkembangan sahsiah n keperibadian anak2 pasti ramai yg bersungguh2 utk breastfeed.. dan sekiranya tak mampu, pasti ramai yg mencari ibu susuan bukannya lembu susuan..begitulah sunnah yg sepatutnya.
319 views
Comments : 2 Comments »
Categories : Breastfeeding
2
08
2010

Alhamdulillah..tq to ALLAH kerana beri keizinan utk saya menyempurnakan penyususan selama 2 tahun… actually sampai skrg Umar still breastfeed (bf)..tandem nursing, share dgn my 2 month baby girl, Sumayyah.
Sebenarnya rasa malu gak nak amik sijil ni semalam sbb ramai lg yg sgt2 layak utk terima anugerah ni.. terutama dgn org2 yg lebih mencabar keadaan hidupnya.
Anyway just thanks..to my beloved hubby, my adorable son and daughter, family, friends and of course to all in susuibu.com.
237 views
Comments : 1 Comment »
Categories : Breastfeeding, Memory in Breastfeeding
26
07
2010
Pastinya ramai yg telah bersedia dgn stok EBM (expressed breastmilk) sempena nak sambut ramadhan ni. Pada sesiapa yg belum ada stok, jgn risau kita ada lebih kurang 2 minggu lg..teruskan usaha.
Mungkin ada yg tertanya2 kenapa perlu ada EBM yg bnyk sebelum berpuasa?..
jawapannya:
- sbb semasa bulan puasa pengeluaran susu mungkin berkurang
- rasa susu jd sikit berbeza (bole menyebabkan baby pun tak berapa suka
Walaubagaimanapun bukan semua individu mengalami situasi yg sama. Ada juga yg pengeluaran susu maintain dan mungkin lebih banyk. Apa2 pun just standby..bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan…he3…
Lagi satu tips, sila bezakan label EBM yg dibuat pd bualan puasa. Contohnya if selalunya kita letak sticker putih utk letak tarikh pam susu, bulan puasa ni ltk warna lain. Sbb mcm dlm kes saya, my boy mcm kurang suka susu saya masa bulan puasa. So bila label berbeza sng nak detect bila baby refuse EBM kita tau sbbnya.. alamak tak tau lar pembaca lain phm tak .ssh gak nak explain..if tak paham tanya ye.
Selamat berpuasa, moga teruskan breastfeed smbil menjalani ibadah di bulan ramadhan.
358 views
Comments : 1 Comment »
Categories : Breastfeeding, Breastfeeding Management
15
07
2010

Alhamdulillah…inilah diantara stok EBM utk sumayyah.. skrg ada lebih kurang 70++ bekas..gambar ni diambil sebelum ebm di pindah ke dlm deep freezer.
868 views
Comments : 10 Comments »
Categories : Breastfeeding, Memory in Breastfeeding
15
07
2010

Diantara aturcara sambutan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
10:00 pagi : Pendaftaran Peserta
10:30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
10:45 pagi : Ketibaan Perasmi
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Ucapan Aluan oleh wakil SusuIbu.com
: Ucapan Perasmian oleh Ustazah Asni Abdul Mansor
: Ucaptama Tema Penyusuan Ibu Sedunia
11:45 pagi : Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu
: Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
: Demonstrasi Mengendong Bayi

241 views
Comments : No Comments »
Categories : Breastfeeding
8
07
2010
Hari jumaat lepas kami bwk Umar jumpa ustaz, dlm kaedah rawatan Islam mmg ada doa khas utk wean off (stop menyusu)… Ustaz baca doa n bagi air.. So kat rumah sebelum bg air tu pada Umar, baca fatihah 1 kali lepas tu selawat 7 kali, minumkan dan sapu pada muka, kepala n tengkuk smbil doa mg Umar mampu lupakan nenen…kaedah ni ambik masa ..dan dgn izin ALLAH harap berjaya.
Slps jumpa ustaz, Umar dah tak kerap bf, ..tapi still request for bf..dan ibu tak sampai hati ..so as alternative, nenek mama bwk Umar balik (lagipun Cik Ul ada). So far Umar sgt enjoy kat sana, lebih2 lagi bila nenek ada bukak kindergarden..seronok umar ramai kawan.
Mmg sedih nak wean off, sbb breastfeed antara detik2 terindah kita bersama.. mcm2 info dan didikan ibu leh serapkan masa bf umar.
Sedih,..semalam kol Umar tanya : “Ibu, abi mana?….Ibu, adik mana?..”..wa..wa…wa..sadis dgr.
Tandem nursing ni sgt penat..dan ibu rasa dah smpai masanya umar berdiri dgn sendiri.
Luv u syg.
291 views
Comments : 2 Comments »
Categories : Breastfeeding, Diari Untuk Umar & Sumayyah, Difficulties in Breastfeeding
Komen Terkini