Sertai Mailinglist AzyanMasiron.net sekarang dan anda akan menerima setiap artikel berkaitan Penyusuan Susu Ibu terus ke Inbox anda. Langgan Sekarang

Petua Melahirkan Anak2 Yg Hebat Menerusi Teknik Menyusu

7 02 2011

Seronok sangat dapat balik kampung raya cina hari tu… paling seronok bila dpt info dari my mum..

My mum bitau dia ada tgk rancangan TV (x pasti “Tanyalah Ustaz” or Al-Kuliyyah or …he3 dia tak ingat).. tak pelar yg penting content.

Ada seorang mother ni dia hntar ank dia hafal quran, amazingly budak tu hafal within 1 month je..Ustaz pun pelik tak pernh dia jumpa budak sehebat tu. Ustaz tanya how mother tu didik ank dia….

Puas lar mother tu pikir..pikir punya pikir..akhirnya dpt jawapan..best giler jawapn dia..

“Setiap kali sebelum breastfeed saya mesti amik wuduk”…..  subhanallah hebatnya…

so kawan2 bukan susu ibu sahaja yg hebat, tapi teknik menyusu tupun mampu mempengaruhi jiwa dan sahsiah ank2… best dgr cerita ni..jd satu muhasabah yg baik dlm diri.. cukup hebat ke aku utk melahirkan ank yg hebat…

utk Umar n little Sumayyah, doakan ibu jd hebat utk didik kalian menjadi hebat..perjuangan kita dlm penyusuan susu ibu perlu diteruskan..ayuh anak2 ibu..berusaha!!!!






Mama Adik Pilih Susu Ibu Sepenuhnya

5 01 2011

Minta izin kongsi cerita…

Alhamdulillah..seronok rasanya dpt share ilmu n pengalaman dgn sorang lg parents ttg kepentingan susu ibu… In this case, “anak yg decide utk full breastfeed”.

Smlm merupakan 1st day ibunya start keje (lepas pantang) n ats nasihat org tua, mereka decide utk bg susu formula (FM) bila hantar anak pd bbysitter dan tak standby pun stok susu ibu… Seharian kat umh pengasuh mmg anak ni menolak FM dan bila ibunya balik mcm tak sbr2 nak breastfeed.

Subhanallah..hebat kan ank zaman sekarang..dia tau pilih apa yg terbaik utk nya.. kesian mak ayh yg kelam kabut cari solution bila bby ni menolak susu formula..

Alhamdulillh dgn support si Ayah n semangat baru si Ibu yang nmpaknya begitu bersemnagt utk breastfeed, saya yakin walaupun tak buat stok susu ibu lg, InsyaALLAH “impian penyusuan anaknya akan tercapai”.

Sedikit tips utk pasangan yg baru nak explore “breastfeeding for career women” ni:

  1. Keep on pumping..
  2. Jgn stress sbb stok tak de lg.. just target utk supply setiap hari (pedulikan gambar2 stok ebm org yg bnyk2..he2 amik sbgi semangat bole r)
  3. Do keep in touch..really closed with breastfeeding mothers support group k..
  4. Gain more knowledge (pasal storage, pumping style, etc)
  5. Doa n tawakal (hati mau cekal tau)

All d best dan taniah kerana memiliki anak yg hebat!...jgn kecewakan dia ye….






Tirai 2011 : Cari Ibu Susuan atau Lembu Susuan?

4 01 2011

Mcm2 azam kita buat bila tirai 2011  dibuka.. Bagi saya setiap kali nak jejak tahun baru mmg rasa “syahdu”… sbb bila jejak je 1 January (d day i was born).. teringat kat mak yg ssh payah lahirkan saya n pastikan sy membesar dgn susu ibu sepenuhnya, sampai semua adik beradik saya ada ibu susuan.

Seperti tahun2 sebelumnya, saya akn terus mempromosikan “penyusuan susu ibu”... seronok sgt bila semakin ramai rakyat malaysia sedar kepentingan susu ibu. Dan yang paling best bila orang dah semakin bole terima konsep “ibu/anak susuan”.

Saya mmg sgt seronok bila ada mothers yg request utk jdkan sy ibu susuan… Wpun mmg  pd mulanya sy tak kenal langsung mother yg sms tu, tapi mmg terus setuju.. Saya yakin stok susu utk my 2nd bby InsyaALLAH cukup.. kan ALLAH dh janji.. “tidak akan rugi org yg memberi”.

Alhamdulillah, buat setakat ni masih berjaya provide susu untuk Marissa (ank susuan sy yg sgt comel)..dh tak kira bp ratus ebm bg kat dia.. mmg sgt puas…n alhamdulillah susu utk Sumayyah (my 2nd bby) pun tak pernah putus… yg paling best susu cukup utk my elder boy jugak.

Semoga tirai 2011 menjadi pemangkin kpd kita semua utk pastikan ank2 mendapat khasiat n pendidikan awal yg sebenar melalui “penyusuan susu ibu sepenuhnya”.

Mmg bnyk sirah, hadis n ayat quran yg sgt menekankan tentang susuan. ..Taniah ramai yg berusaha utk breastfeed!.. tapi bila susu sndiri tak cukup..masih belum ramai yg “berani” utk cari “ibu susuan”

Sekiranya masyarakat sedar ttg pentingnya susu ibu bukan shj utk kesihatan tapi jugak perkembangan sahsiah n keperibadian anak2 pasti ramai yg bersungguh2 utk breastfeed.. dan sekiranya tak mampu, pasti ramai yg mencari ibu susuan bukannya lembu susuan..begitulah sunnah yg sepatutnya….

Jom cari ibu susuan sbg alternatif utk sempurnakan penyusuan ank2 kita selama 2 tahun!






Walau Apapun Halangan : Akan Ttp Breastfeed

21 12 2010

Terharu sgt masa dapat email ni… mcm2 pengalaman n pahit getir ibu2 di luar sana, tapi masih bersemangat waja utk menyusu badan… Sebagai pemangkin ibu2 lain, saya terpanggil utk share email ni… Ibu ni berazam utk full breastfeed her 2nd baby…

Jom kita baca: “masa first baby, kami suami isteri lebih excited dengan perkembangan baby masa dalam kandungan… kelakarkan? but that’s the truth… we had never been mentally prepared of what to do AFTER the baby were born!! sementelah, anak sulung kami lahir awal dari due… memang zero, tak tau apa langsung… so lepas keluar hospital, suami yang pegi belikan breast pump tu… battery powered.. jenama pureen kalau tak salah…. sangat sakit sebab dia sedut puting… bunyi dia pulak macam mesin potong rumput… bila kuatkan speed dia… makin kuat bunyi dia.. dan makin sakit jadinya… dan menjadi sebab je saya tak perah susu untuk anak…

saya memang check up di hospital tawakkal sejak first baby lagi… saya rasa amat serasi dengan doktor yang merawat saya tu.. dia very frank, jadi saya tak pernah tertanya tanya dengan keadaan saya..

kenapa saya pilih hospital tu? macam ni ceritanya… (saya boleh mengarang panjang2 ni … maklum la cutikan… heheh.. harap kak yan boleh baca lah ye…) lagi satu, i think u should know what made me seriously want to BF my child this time… so .. jeng jeng jeng!!

masa dapat tau pregnant first baby dulu, saya pegi klinik, bila scan, dr nampak bukan saja ada janin berusia lebih kurang 7 minggu… tapi juga seketul cyst di tepi ovari sebelah kiri.. consider that as pregnancy with risk, dr terus nak refer saya pada hospital. we had choosed tawakkal sebab suami pernah accident dan warded di sana.. so dah kenal the management n knows who to deal with.. plus.. mak saya sendiri bersalinkan adik saya di hospital itu…

3rd feb 2008, saya bersalin anak sulung di tawakkal.  oleh kerana saya bersalin normal, the cyst remains beside my left ovary… masa tu saiz dia lebih kurang besar buah limau mandarin.. 3 months after gave birth, dr advise supaya saya buat operation untuk remove the cyst… tapi sebab takut, saya biarkan je… lagipun saya tak rasa sakit langsung…

september 2009 (bulan puasa), ramai tegur n tanya sama ada saya pregnant atau tak…. sebab saya kelihatan buncit… tapi saya tak pregnant pun…

the first day to starts school selepas cuti raya, early morning (dalam pukul 3 pagi kot..) saya terjaga sebab terasa sakit perut… pergi tandas, nothing came out. tapi bila baring balik, terasa sakit macam mencucuk2… so i sat on the sofa, diam dan masa tu terasa sakit tu di tempat cyst.  macam bergegar rasanya (macam ada orang palu gong kat situ) ..

we hurried to the clinic near by, dia bagi ponstan (ke bonstan?) the pain killer.. saya makan di situ jugak.. tapi langsung takde kesan… so, kami terus ke tawakkal (sebab hospital tu tau history saya), pergi emergency

while waiting,  the nurse injected me with the most powerful pain killer.. tapi langsung takde kesan.. masa tu, duduk sakit, berdiri sakit, baring sakit.. semua serba tak kena.. saya sampai mintak pain killer lagi.. tapi dah tak boleh.. takut over dose..

doktor datang, scan, dia cakap the cyst had been very big (almost the size of a coconut)..  mungkin dah ruptured and probably dah terpintal dengan my left ovary… the best thing to do at that moment ialah an emergency operation…

the operation took more than 4 hours.. a very high risk operation (tu doktor yang cakap) sebab saya gemuk (ok ok … perkataan manis sikit, overweight) .. and the cyst dah koyak n berdarah.. so saya dah ada internal bleeding… dr said, kalau lambat sikit je… pendarahan dalaman tu mungkin beri kesan pada organ lain dan boleh menyebabkan saya koma n worst, die….

tempat operation sama macam orang yang bersalin ceasar… cuma saiz dia kecik sikit… oleh kerana cyst tu dah berdarah, masa saya baring mengiring, cyst tu bergolek dan terpintal dengan ovari sebelah kiri… itulah organ saya yang paling teruk tercemar… dan terpaksa dibuang sekali dengan cyst tu…

saya memang orang yang sangat bertuah… bertuah kerana sempat dibedah sebelum keadaan lebih teruk, bertuah kerana cyst tu “benign” (meaning its non cancerious), dan bertuah juga kerana walaupun saya kehilangan ovari sebelah kiri, uterus dan ovari sebelah kanan berada dalam keadaan baik…

saya mc 6 minggu.. kerja seminggu.. kemudian cuti 6 minggu lagi (cuti akhir tahun)….

sepanjang 3 minggu pertama mc tu, saya tak dapat langsung dukung anak.. (ketika itu usianya lebih kurang 1 tahun 8 bulan) nak riba pun takut, ye laa.. macam bersalin la jugak (walaupun luka kat kulit je.. ) ketika tu saya tumpang rumah emak.. rumah kami dekat je.. (mak jaga anak saya bila kerja…pagi2 sebelum pergi kerja, saya akan tinggalkan anak di rumah emak…) ketika itulah saya nampak betapa mesranya nenek dan cucu (mak dan anak saya).. timbul satu rasa cemburu yang amat sangat dalam diri saya… saya juga memanfaatkan cuti dengan membaca… (apa lagi yang boleh dibuat kan.,.) apa saja yang ada saya baca… dan ketika itu jugalah saya sedar bahawa saya “ketakutan” setiap kali saya jumpa artikel tentang susu ibu… saya macam fobia, takut, resah, gelisah … terutamanya bila saya baca tentang kebaikan susu ibu .. dan ketika itu jugalah timbul seribu macam penyesalan dalam hati saya sebab saya tak bersungguh-sungguh susukan anak saya ketika bayinya… berapa titis je susu saya yang dapat anak saya teguk… sedangkan susu saya banyak (saya rasa laa.. sebab baju saya basah).. saya fikir ketika itu, “inilah satu kesalahan dan kesilapan yang perlu saya tanggung seumur hidup…”

15 julai 2010, saya dapat tahu saya mengandung lagi… betapa bertuahnya saya… setelah segala yang saya lalui… Allah beri peluang untuk saya menebus kesalahan saya terhadap anak saya: tidak memberi khasiat terbaik untuknya… sebab itu, saya betul betul bersungguh sungguh tidak mahu gagal lagi kali ini… saya mesti beri susu saya sendiri pada anak2.. biar apa pun halangan yang datang….

dan Allah jugalah yang menggerakkan hati saya untuk make contact with you kak yan… saya percaya, ilmu2 kak yan pasti dapat menolong saya merealisasikan impian saya ni…

Teruskan usaha..InsyaALLAH ramai yg sudi membantu.






Susu Ibu : Kenapa Perlu ada Stok EBM yg Bnyk?

14 08 2010

Setiap org ada pendapat yg berbeza mengenai isu buat stok EBM (expressed breast milk) ni. Ada yg rasa x payah wat stok bnyk2..ada pulak yg yg sampai beratus2 EBM.. apa2 pun pendapat tak de yg salah dlm isu ni. Yg penting anak kita dapat susu yg terbaik dari kita n bole survive sampai 2 tahun tanpa susu formula.

Cuma agak tertarik nak bercerita pasal isu sikit ke bnyk EBM ni sbb ada seorng kwn tertanya2 kenapa saya bersungguh2 sgt smpai beli deep freezer semata2 nak simpan susu. Sbb ada seorng lg kawan, tak de stok yg bnyk pun tahap “kais pg mkn pg, kais petang mkn ptg”, susu pam hari ni utk esk..bole dikatakan begitular. Tapi still berjaya exclusive 6 month n continue smpai sekarang.

Pada saya, jawapannya mudah..kena sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tau apa yg mungkin terjadi akan dtg. So sementara ada daya n susu yg bnyk tak salah utk pulun wat EBM. Semuanya utk masa depan.

Saya sebenarnya amik iktibar dr seorng kwn yg sgt bersemngat utk full breastfeed anaknya. Tiba2 dia disahkan denggi n warded selama beberapa hari. Disebabkan ubat yg doktor bg, dia tak bole breastfeed anaknya. Akhirnya terpaksa bg formula milk sbb kwn saya tu tak de stok EBM yg bnyk.

So, saya pun bersemnagat nak buat stok..skrg ada hampir 150 bekas dlm deep freezer (otai2 breastfeed yg lain lg banyk).

Ada lg satu sbb saya rasa perlu utk buat EBM yg byk, supaya kita bole tolong org lain lestarikan impian penyusuannya, dgn cara jd ibu susuan.

So no matter what u think.. jom support breastfeed!

p/s: utk Sumayyah: If ibu ditakdirkan pergi dulu, semoga stok EBM yg bnyk tu dapat digunakan sebaiknya sebelum dpt ibu susuan yg lain. Ibu syg kamu.






Anugerah Emas : Penghargaan Untuk Umar

2 08 2010

Anugerah Emas Sempena Hari Susu Ibu 2010

Alhamdulillah..tq to ALLAH kerana beri keizinan utk saya menyempurnakan penyususan selama 2 tahun… actually sampai skrg Umar still breastfeed (bf)..tandem nursing, share dgn my 2 month baby girl, Sumayyah.

Sebenarnya rasa malu gak nak amik sijil ni semalam sbb ramai lg yg sgt2 layak utk terima anugerah ni.. terutama dgn org2 yg lebih mencabar keadaan hidupnya.

Anyway just thanks..to my beloved hubby, my adorable son and daughter, family, friends and of course to all in susuibu.com.






Bekalan Expressed Breast Milk (EBM) Sebelum Naik Kerja

15 07 2010

Stok Susu Kat Peti Ais

Alhamdulillah…inilah diantara stok EBM utk sumayyah.. skrg ada lebih kurang 70++ bekas..gambar ni diambil sebelum ebm di pindah ke dlm deep freezer.






Penyusuan Eksklusif: Susu Ibu, Tiada Yg Mustahil

3 07 2010

Saya sgt terharu,membaca email seorg sahabat yg bergitu gigih berusaha memberi yg terbaik utk puteri kesayangannya.. sebagai pemangkin semangat pembaca diluar sana..saya ingin berkongsi pengalaman ina bersama kwn2 sume…meh bc email Ina (nama sebenar..he3 jgn mara ye kawan)….gambar tu stok ebm hasil kerja keras…

Stok EBM

Salam,demi Yan ina dah ambil gbr ebm khusus utk tontonan ramai.

My first baby so my first experience, byk perkara tak tahu memang ’0′.
Hari pertama selepas melahirkan anak susu ina belum ada so ina fikir esok tentu ada. ina sangka susu tiada so ina rehat n’ my baby diberi susu formula oleh jururawat Az-Zahrah sambil ina rehat kerana keletihan selepas melahirkan baby sulung.

Hari kdua susu masih tiada ina mula sedikit risau, suami beri sokongan dan nasihatkan ina supaya bertenang. Sehinggalah hari ketiga Yan datang rumah ina menziarah dan ajar ina cara utk susukan baby yan jg terangkan macam2 perkara seperti seorang sifu.
Paling ina ingat hingga hr ini pesanan sifu (Yan) ”tiada ibu yang tiada susu” Oops ina dah salah maklumat n so after that ina berkeyakinan susu ina banyak.

Prmulaan memang agak perit ina perlu berurut dan makan makanan yang boleh memperbanyakan air susu badan diantaranya lobak putih, kacang hijau, air soya dan milo sebanyak 6 sudu sekali bancuh. Sepanjang tempoh tiada susu sehingga 4 hari my baby minum susu formula dan pernah kembong perut sekali, sedih jg tp terpaksa. Hari kelima susu ina keluar cair seperti air kosong dan kemudian kekuningan.

Yan pinjamkan mesin spectra n ina terus menggunakannya even susu yg tehasil hanyalah 3 titik sahaja. Dengan penuh semangat dan azam utk menyusukn baby sepenuhnya ina cuba pump setiap 2 jam dan meneruskan pemakanan yg boleh memperbnykan susu.

Hari ke-7 anak ina masih minum susu formula hingga hari ke-8 susu badan yg berjaya dihasilkan hanyalah 1/2 oz. Lega tp masih tak puas hati  so ina beli mesin spectra melalui Yan dan meneruskan lg usaha hinggalh kehari ini ina sangat berpuas hati kerana susu yg di pam setiap hari terhasil 13-15oz sekali pam di pejabat dgn menggunakan mesin spectra yg kini ina panggil ‘alat ajaib’ heeee. Memang best lg berbaloi.

Anyway semua ini mana mungkin berjaya jika tiada sokongan rakan seperti Yan, suami yang penyayang, ibu mertua yg memahami dan sifat positif lagi ceria yg perlu dipupuk setiap hari. Dan paling-paling penting usaha dan berdoa kepada yang Esa kerana dgn izinnyalah segalanya akan terjadi.
Sekian, wassalam.

Terima kasih Ina..mg jd contoh utk ibu diluar sana…





Breasfeeding for Stewardess

20 04 2010

Semalam time breakfast sempat berkongsi cerita “breasfeeding” dgn seorg stewardess (peramugari). Sangat menarik..sbb sebelum ni dlm group brestfeeding kami mmg tak de stewardess jd kami tak tau cabarn2 mereka dlm breasfeeding ni.

Mmg mencabar..selain daripada kekangan masa, terbang ke tempat2 yg jauh jugak menjadi satu cabaran buat mereka untuk manage EBM (susu yg dah diperah).

Sesi pumping pun biasanya dibuat dlm toilet kat flight..bila sampai destinasi terpaksa pulak mintak pihak hotel frozenkan EBM tu..

Jauh perjalanan EBM mereka sebelum sampai ke perut baby.

Taniah utk semua stewardess yg berjaya teruskn breastfeed baby masing2 wpun dah kembali bekerja. Mmg mencabar…..

Moralnya, kita ni yg ada cabaran sikit2 je harap tak de alasan utk tidak breastfeed…yg penting niat dan usaha mesti ada. Sekiranya ada masalah bole rujuk ramai kwn2 terutama di susuibu.com.

If dah usaha dgn bersungguh2 tapi tak berjaya, mungkin bukan rezeki baby..apapun all d best to all mommies.






Rejected EBM Stock

25 03 2010

stok-reject

Setelah sekian lama..hari ni baru dapat upload gambar ni. Masa ni umur Umar 1tahun3bulan.  Inilah diantara stok2 EBM yg bakal dibuang sbb dah expired. Mmg berat hati nak buang, tapi terpaksa..bye2 stok EBM.