Susu Ibu Beku : Dari peti Ais 2 Pintu ke 1 pintu.
1 01 2012Soalan:
Assalamualaikum,
saya nak tanya mengenai pengurusan susu beku.
Saya ada membuat stok susu beku di rumah ibu saya memandangkan fridge di rumah saya adalah fridge 1 pintu. Fridge di rumah ibu pula 2 pintu (susu tahan 3 bulan). Sekarang saya sedang mengandung 2 bulan dan baby saya dah masuk 6 bulan. Didapati susu perahan saya semakin kurang, sekali perah cuma dpt 1-2oz shj. Sekiranya saya transfer stok susu beku dari rumah ibu saya dan simpan ke dalam freezer di dalam fridge 1 pintu, berapa lama tahan susu itu, adakah 2 minggu atau hanya 24 jam? (saya akan pastikan ianya tidak cair semasa penghantan).
-lily-
Jawapan:
Dear,
Salah seorg lactation kaunselor, pernah bertanya sendiri kepada Dr. Jack Newman (salah seorang international expert in lactation) mengenai isu ini.
Jawab Jack : dia sendiri tak tahu kerana belum ada research mengenai hal ini. Apa yg disarankan ialah, ibu perlu bau dan rasa susu ibu tersebut. Jika bau dan rasa ok, kalau ibu nak guna dan yakin, silakan. Kalau tak mahu rasa, cukup dgn bau sahaja dah memadai utk tau susu rosak atau tidak.
Harap dapat membantu…teruskan penyusuan susu ibu ye.. saya yakin anda seorng ibu yg hebat!
Azian Masiron












Komen Terkini