Susu Ibu : Kenapa Perlu ada Stok EBM yg Bnyk?
14 08 2010Setiap org ada pendapat yg berbeza mengenai isu buat stok EBM (expressed breast milk) ni. Ada yg rasa x payah wat stok bnyk2..ada pulak yg yg sampai beratus2 EBM.. apa2 pun pendapat tak de yg salah dlm isu ni. Yg penting anak kita dapat susu yg terbaik dari kita n bole survive sampai 2 tahun tanpa susu formula.
Cuma agak tertarik nak bercerita pasal isu sikit ke bnyk EBM ni sbb ada seorng kwn tertanya2 kenapa saya bersungguh2 sgt smpai beli deep freezer semata2 nak simpan susu. Sbb ada seorng lg kawan, tak de stok yg bnyk pun tahap “kais pg mkn pg, kais petang mkn ptg”, susu pam hari ni utk esk..bole dikatakan begitular. Tapi still berjaya exclusive 6 month n continue smpai sekarang.
Pada saya, jawapannya mudah..kena sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tau apa yg mungkin terjadi akan dtg. So sementara ada daya n susu yg bnyk tak salah utk pulun wat EBM. Semuanya utk masa depan.
Saya sebenarnya amik iktibar dr seorng kwn yg sgt bersemngat utk full breastfeed anaknya. Tiba2 dia disahkan denggi n warded selama beberapa hari. Disebabkan ubat yg doktor bg, dia tak bole breastfeed anaknya. Akhirnya terpaksa bg formula milk sbb kwn saya tu tak de stok EBM yg bnyk.
So, saya pun bersemnagat nak buat stok..skrg ada hampir 150 bekas dlm deep freezer (otai2 breastfeed yg lain lg banyk).
Ada lg satu sbb saya rasa perlu utk buat EBM yg byk, supaya kita bole tolong org lain lestarikan impian penyusuannya, dgn cara jd ibu susuan.
So no matter what u think.. jom support breastfeed!
p/s: utk Sumayyah: If ibu ditakdirkan pergi dulu, semoga stok EBM yg bnyk tu dapat digunakan sebaiknya sebelum dpt ibu susuan yg lain. Ibu syg kamu.
Azian Masiron












setuju…sediakan payung sebelum hujan..klu tak mau beli deep freezer..gunakan la daya kreativiti sehingga pening kepala nak bubuh kt mana susu2 tu..huhu..
cam ne nak buat kalu bby saya baru 8 hari dio cam susah je nak direct feed mll nipple…masalahnye nipple sy yg sebelah kanan flat jadi bby susah nak grab…then dio cam minum sket je susu dr yg sebelah kiri sy rase cam tak kenyang je die…plezz
ut masalah flat nipple ni, u kene selalu pam spy nipple tu bole keluar.
Apa reaksi bby tu smpai awk rasa dia tak kenyang?
tq krn bertanya . taniah kerana memilih susu ibu.
ayu sokong yan…memang perlu sangat buat stok banyak2..perjalanan kita masih jauh..tak tau apa akan terjadi nanti..
ayu pun ada buat entry ttg ebm stok ni..
boleh tgk kat sini ye..
http://ezurin.blogspot.com/2010/05/kenapa-perlu-simpan-stok-susu-banyak2.html
masyaallah….macamana bleh byk btul ebmnya…..? saya skrg menyusu ekslusif 9.5 months, last 2 months kena cabut kuku, so tak bleh breast feed sbb makan ubat, nasib baik ada ebm. tapi skrg ni kira kais pagi makan pagi dah ni…. jealous sungguh dengan mereka yg byk ebm ni….
nak bnyk ebm perlu ada teknik+usaha+semangat+support+ izin dr ALLAH