Saya sgt terharu,membaca email seorg sahabat yg bergitu gigih berusaha memberi yg terbaik utk puteri kesayangannya.. sebagai pemangkin semangat pembaca diluar sana..saya ingin berkongsi pengalaman ina bersama kwn2 sume…meh bc email Ina (nama sebenar..he3 jgn mara ye kawan)….gambar tu stok ebm hasil kerja keras…

Salam
,demi Yan ina dah ambil gbr ebm khusus utk tontonan ramai.
My first baby so my first experience, byk perkara tak tahu memang ’0′.
Hari pertama selepas melahirkan anak susu ina belum ada so ina fikir esok tentu ada. ina sangka susu tiada so ina rehat n’ my baby diberi susu formula oleh jururawat Az-Zahrah sambil ina rehat kerana keletihan selepas melahirkan baby sulung.
Hari kdua susu masih tiada ina mula sedikit risau, suami beri sokongan dan nasihatkan ina supaya bertenang. Sehinggalah hari ketiga Yan datang rumah ina menziarah dan ajar ina cara utk susukan baby yan jg terangkan macam2 perkara seperti seorang sifu.
Paling ina ingat hingga hr ini pesanan sifu (Yan) ”tiada ibu yang tiada susu” Oops ina dah salah maklumat n so after that ina berkeyakinan susu ina banyak.
Prmulaan memang agak perit ina perlu berurut dan makan makanan yang boleh memperbanyakan air susu badan diantaranya lobak putih, kacang hijau, air soya dan milo sebanyak 6 sudu sekali bancuh. Sepanjang tempoh tiada susu sehingga 4 hari my baby minum susu formula dan pernah kembong perut sekali, sedih jg tp terpaksa. Hari kelima susu ina keluar cair seperti air kosong dan kemudian kekuningan.
Yan pinjamkan mesin spectra n ina terus menggunakannya even susu yg tehasil hanyalah 3 titik sahaja. Dengan penuh semangat dan azam utk menyusukn baby sepenuhnya ina cuba pump setiap 2 jam dan meneruskan pemakanan yg boleh memperbnykan susu.
Hari ke-7 anak ina masih minum susu formula hingga hari ke-8 susu badan yg berjaya dihasilkan hanyalah 1/2 oz. Lega tp masih tak puas hati so ina beli mesin spectra melalui Yan dan meneruskan lg usaha hinggalh kehari ini ina sangat berpuas hati kerana susu yg di pam setiap hari terhasil 13-15oz sekali pam di pejabat dgn menggunakan mesin spectra yg kini ina panggil ‘alat ajaib’ heeee. Memang best lg berbaloi.
Anyway semua ini mana mungkin berjaya jika tiada sokongan rakan seperti Yan, suami yang penyayang, ibu mertua yg memahami dan sifat positif lagi ceria yg perlu dipupuk setiap hari. Dan paling-paling penting usaha dan berdoa kepada yang Esa kerana dgn izinnyalah segalanya akan terjadi.
Sekian, wassalam.
Terima kasih Ina..mg jd contoh utk ibu diluar sana…
Komen Terkini