Adik Susuan

10 09 2009

Alhamdulillah…beberapa hari lepas selamat dah hantar stock EBM di rumah kawan ibu. Umar jgn lupa ye, adik susuan Umar yg pertama Irsyad namanya. Kalau ALLAH izinkan ibu dpt baby girl lepas ni Umar kena pastikan adik2 tau siapa adik susuan mereka.

Bila dah jadi susuan ni ada beberapa perkara penting kena amik kira. Yg paling penting “keturunan”. Kena2 hati2 sbb Islam melarang perkahwinan diantara susuan.

Seronok rasanya bila dapat anak susuan, lebih2 lagi bila ibu dapat bantu untuk memartabatkan “penyusuan ibu”.

Dah 1 tahun 4 bulan Umar sekarang n still tak campur susu formula..tq Umar bantu ibu melestarikan impian ibu… n skrg sblm “nenen” Umar pandai baca doa..that so qute honey!




Mudah Sediakan Bubur Nasi Dgn Periuk Tanah

9 09 2009

Mungkin sahabat2 diluar sana ada cara lain yg lebih baik. Tapi buat setakat pengalaman sendiri, pada saya gunakan periuk tanah sgt praktikal utk masak makanan baby.

Senang je caranya:

  1. Beli periuk tanah (kat nilai 3 dlm RM5-RM15)
  2. Basuh periuk tanah bersih2 sblm guna utk kali pertama.
  3. Masukkan segenggam beras dlm periuk tanah dan basuh.
  4. Letak sedikit air dan masak atas dapur selama 5 minit.
  5. Masukkan ikan bilis, sayur n sedikit.
  6. Selepas 10 minit bubur pun siap..dah tak yah blender sbb teksturnya dah sgt halus.