31
08
2009
Melalui kajian WHO (world health organisation), hanya 41% ibu2 di Asia yg BF baby sehingga 2 tahun. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, isu BF mmg hangat diperkatakan. Bnyk kajian dah dibuat n terbukti susu ibu tiada tandingannya.
Kandungan DHA dan AA dlm breastMilk, sgt bagus utk brain development. Kajian jugak menunjukkan baby yg susu ibu IQ lebih hebat dari baby yg minum formulaMlik.
Rasanya ramai org tau kehebatan susu ibu, tapi tetap ada mcm2 alasan utk “say no to Formula Milk”..paling dahsyat bila ada jugak yg rasa FM lebih bagus dari breastMilk. Iklan kat TV pun asyik tunjuk bagusnya formula milk….susah lar nak jumpa iklan yg support BF ni.
Sebenarnya dlm al-Quran, dah lama sgt ALLAH terangkan pasal susu ibu.
ALLAH berfirman:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan pernyusuan” (al-Baqarah:ayat233).
SO, apa tunggu lagi, bertindak sekarang, “Anda Mampu Mengubahnya”…he..he…
374 views
Comments : No Comments »
Categories : Breastfeeding
31
08
2009
Sejak dari Umar belum setahun lagi, ibu mmg selalu bacakan story books sambil BF (breastfeed) Umar. Ntah Umar paham atau tak..ibu baca je..kdg2 nampak Umar boring..kdg2 Umar enjoy..
Tak sangka ibu, mlm ni Umar pulak yg request utk dibacakan buku. Umar yg pilih sendiri which book to be read..n bagi dekat ibu..selagi ibu tak baca Umar nampak gelisah je.. tiba2 abi bangun, so abi baca sikit buku tu n pastu ibu sambung.
Mlm ni sebenarnya ibu n abi dah ngantuk tapi utk Umar kami baca jugak buku “Keldai Jadi Raja”…. akhirnya Umar n abi pun sleep……..
Teringat wahyu pertama yg RASULULLAH dapat…Iqra’..bacalah… Islam mmg sgt galakkan kita utk membaca sbb itu antara pintu kebijaksanaan. Dgn membaca bnyk ilmu bole dapat.
Ibu harap Umar akan suka membaca bila besar nanti.. Gud Nite syg ibu!
348 views
Comments : No Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah
31
08
2009
Alhamdulillah tak buang lagi stock EBM dlm peti ais, last week ada seorang kwn bitau stock dia dah berkurang dan takut tak cukup. So, dia harap stock EBM tu bole standby utk baby dia.
Kalau betul kakak tu jd amik my EBM, nampaknya Umar bakal ada adik susuan lar…
318 views
Comments : No Comments »
Categories : Breastfeeding
26
08
2009
Dah hampir sebulan x buat stock EBM.. spectra 3 tu dah disimpan may be for 2nd baby. Tapi Umar still full BF, cuma dia refuse utk minum susu ibu dlm medium yang lain, botol, cawan..sume tak nak…kalau campur dlm makanan pun dia tahu..bijak betul lar anak2 skrg ni!
So, hampir setiap hari kene pegi umh baby sitter BF Umar directly. Tak pelar… walaupun susah sikit, yg penting Umar n ibu still “Say NO to Formula Milk”.
Setelah dikira, ada lebih kurang 24 botol x 5oz EBM utk dibuang…sedih2..penat tu nak pump..he..he..
Good bye EBM!
431 views
Comments : 3 Comments »
Categories : Breastfeeding
22
08
2009
Bila ALLAH kata “Jadi, maka jadilah ia”……… mcm2 precaution dah buat..sebesar2 bantal letak bawah buai.
Masa tu ibu n abi tgh sibuk bsiap nak g keje..tiba2 je dgr anak ibu nangis, bila ibu tgk dagu Umar dah ada kat kaki buai..abi dtg terus angkat Umar.
Ibu jd panik bila tgk mulut Umar penuh dgn darah.. rupa2nya lidah Umar yg luka. Lepas bagi minum air zam2 n bagi nenen..Umar dah tak cry lagi and bole main mcm biasa… Luka kat lidah Umar agak dlm tapi dah tak bleeding, so ibu hantar Umar pd baby sitter mcm biasa.
Masa kat opis, tiba2 dpt kol dari Mak Lang (bby sitter Umar).. Dia bitau mulut Umar darah lagi..
Bila ibu sampai, sedih sgt tgk baju pun dah berdarah ..luka tu jadi worst sbb umar gigit ..daging lidah tu dah hampir putus..ngerinya ibu tgk..
Terus ibu bwk Umar g klinik, doktor bg oral aid n multi vitamin spy cepat baik.
Umar mmg habat…nangis kejap je..strong lar anak ibu ni..mungkin ni antara hikmah sunat awal..my boy has become a man!
425 views
Comments : 3 Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah
16
08
2009
Seronok betul dapat bersama Umar weekends ni..mcm2 aktiviti dapat buat sama2… antara yg jadi rutin, mandi smbil main air!
Pagi tadi, mandikan Umar dlm besen, letak kat koridor luar..seronok sgt Umar main air..dari lahir Umar mmg enjoy mandi. Ada kajian yg mengatakan, air merupakan salah satu terapi yg baik utk development mental & fizikal kanak2.
Sambil Umar main air, saya suap dia makan (bubur ikan bilis+brokoli)…laju sgt dia makan, bnyk pulak tu…mungkin leka sgt Umar main.
So, pada sesiapa yg anaknya susah nak makan, mungkin boleh cuba kaedah ni…
310 views
Comments : No Comments »
Categories : Diari Untuk Umar & Sumayyah
16
08
2009
Semalam terperasan ada bisul yg sdg membesar dkt kepala Umar. Terbayang kalau nanah n darah kuar nanti mesti Umar sakit..
So, saje2 try gune “asam jawa” (ni petua mak saya, nenk kepada Umar..he..he..). Caranya sng je, amik asam jawa letak kat bisul tu.
Alahamdulillah pagi tadi tgk bisul tu dah mengecil…tq Mak, bg petua..tq ALLAH izinkan Umar baik.
Saya pun tak pasti penjelasan saintifik mengenai asam jawa ni.. tapi mujarab. Selamat Mencuba!
718 views
Comments : No Comments »
Categories : Health & Growth
14
08
2009
Seronok bila Umar dah pandai makan mcm2.. so hari ni saje test power wat makaroni goreng..tak sangka sedap pulak tu..nak buat sng je. Bahan2nya (cukup utk hidangan ibu,abi dan Umar):
Bahan A
- 4 biji tomato
- 5 ulas bwg putih
- 3 ulas bawang kecil
- 1 ulas bwg besar
- 2 cm halia
- 3 batang cili besar
Bahan B
- 200 gram Makaroni (direbus dgn air mendidih, letak garam sikit n minyak spy tak lekat n cantik bila goreng)
- minyak masak
- garam
- tomato puri
- daun origano
- bawang besar di hiris
- lada banggala dihiris
- ayam/daging cincang
Cara-caranya :
- Blend semua bahan A hingga hancur (letak sikit je air)
- Panaskan minyak dlm kuali
- tumiskan bwg besar bersama ayam/daging cincang
- masukkan BAHAN A. Kacau perlahan2 hingga masak
- masukkan tomata puri (kalau x suka masam,masuk sikit je tau) dan lada banggala
- last sekali masukkan makaroni, daun origano dan garam secukup rasa.
- ok ready to eat!!!
excited rasa bila sedap…sbb saya ni tak pandai masak….
1,277 views
Comments : 2 Comments »
Categories : Resepi
12
08
2009
Ramai dikalangan kita hadapi masalah anak tak nak makan sayur…saya pun tak de lar pandai sgt..cuma pernah terbaca (tapi tak ingat kat mane), bagaimana nak buat anak suka makan sayur.
Bak kata pepatah, “lentur buluh biar dari rebungnya”.. So, apa usaha yg kita bole cuba ialah :
- kita sendiri kena suka makan sayur dulu
- Perkenalkan sayur2 yg pahit mcm sawi, brokoli, kacang botol dan daun turi sblm perkenalkan bayi kita dgn makanan yg manis mcm buah-buahan.
- Sayur2 tu bole diberi dlm bentuk “puri”..tapi hati2 jgn terlalu bnyk bagi puri sayuran, sbb serat dia tinggi sgt takut baby sakit perut lar pulak.
Simple je kan…utk anak yg pertama ni saya dah berjaya..Sekarang Umar dah 1 tahun++ n sgt suka mkn sayur..kacang botol pun dia bole makan mcm tu je.
Semoga berjaya!
387 views
Comments : 1 Comment »
Categories : Resepi
12
08
2009
Ntahlar..bila sume ni akan berakhir..setiap hari rasa gerun..paling takut sbb ada baby..g keje skrg pun dah pakai “face mask”. Mcm2 email dpt pasal H1N1. Antaranya petua hari ni yg diamalkan di arab saudi minum air yg direbus bersama jintan…sebelum ni ada yg bagitau kene amik bnyk vitamin-C..kalau bole bole orange n apple hijau tu kena mkn setiap hari..mcm2 lagi lar…
Yg penting, kita sebagai ibu yg masih meneruskan “breast feeding”..harap dapat terus bertahan utk supply lebih bnyk susu yg berkhasiat utk baby. Sbb saya yakin n percaya itulah ubat yg paling mujarab utk baby kita dlm menangani krisis H1N1 ni.. moga ALLAH mudahkan urusan kita semua.
323 views
Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized
Komen Terkini