Cara Penyimpanan Susu Perahan (EBM)
28 06 2009Last week, masa berbual dgn my fren yg baru habis pantang, terkejut gak saya sbb dia bekukan semula EBM yang dah dicairkan.Ramai ibu yang tak kurang pasti mcmna nak handle EBM. Mcm saya jugak lar masa mula2 dulu..akhirnya dlm 40 oz EBM terpaksa dibuang.
So, sebagai rujukan saya share dekat sini: CARA PENYIMPANAN EBM (petikan: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya)
|
Tempat |
Bayi Normal |
Bayi Pramatang / Sakit |
| Suhu bilik-
- (25o C - 37 oC) - (15o C - 25 oC) |
4 jam 8 jam |
Kurang dari 4 jam |
| Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (- 20o C) - pintu bawah (sebelum dibekukan) (selepas dibekukan)
|
3 bulan
3-5 hari
24 jam |
3 bulan
2 hari
12 jam |
| Peti Sejuk (1 pintu)Bahagian beku |
2 minggu |
X disyorkan |
| Peti Sejuk (deep freeze) |
6 bulan |
6 bulan |
** part yang ni selalu ada org keliru.. Sekiranya lepas pam terus letak pintu bawah, tempoh penyimpanan 3-5 hari. Tapi kalau dah dibekukan dulu, lepas tu nak cairkan.. (biasanya kita buat mcm ni sblm hantar susu kat rumah pengasuh atau nursery)..EMB tahan 24 jam sahaja selepas diturunkan.
PERINGATAN: susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.. so, kene pandai budjet supaya tak membazir ok!
Azian Masiron











Komen Terkini