Tool Persediaan Baby Demam
17 03 2009Baru-baru ini baby saya yang berusia 9 bulan demam setelah beberapa bulan tidak demam. Setelah dilihat mungkin my baby demam kerana nak tumbuh gigi di sebelah atas.
Antara peralatan yang saya rasa wajip ada pada setiap keluarga ialah termometer bagi menyukat suhu badan baby sekirannya demam panas. Melalui pembacaan saya, baby hidap demam panas yang tidak di atasi dengan kadar segera berisiko tinggi diserang penyakit lain. Antaranya ada anak yang menjadi cacat kekal kerana lambat membawa anak ke klinik atau hospital.
Bagi langkah awal, saya rasa ibu bapa mempunyai tanggungjawap untuk menyukat suhu baby dan sekiranya perlu menurunkan suhu baby sebelum anak dihantar ke klinik berhampiran. Dalam situasi ini, saya rasa para ibu bapa amat memerlukan termometer samaada disukat melalui mulut, ketiak atau telinga.
Dalam ruang ini saya juga nak bertanya apakah peralatan lain yang perlu ada dalam sebuah keluarga terutamanya bagi yang sedang atau akan dapat baby pertama.
Azian Masiron












Komen Terkini