Sertai Mailinglist AzyanMasiron.net sekarang dan anda akan menerima setiap artikel berkaitan Penyusuan Susu Ibu terus ke Inbox anda. Langgan Sekarang

Baby Umar dah 10 Bulan

31 03 2009

Umar dah masuk 10 bulan…thanks ALLAH..gigi dah tumbuh 4 batang..very active and talkative..

lagu utk anak ibu…

“Umarlah permata anak kesayangan…
Kebanggaan ibu & abi…
Umar dibesarkan dgn kasih syg..
hanya yg terbaik utk mu
Menjadi harapan di masa hadapan
Umarlah anak yg cemerlang”






test youtube plugin

18 03 2009

httpv://www.youtube.com/watch?v=wcCAA62QV0s






Tool Persediaan Baby Demam

17 03 2009

Baru-baru ini baby saya yang berusia 9 bulan demam setelah beberapa bulan tidak demam. Setelah dilihat mungkin my baby demam kerana nak tumbuh gigi di sebelah atas.

Antara peralatan yang saya rasa wajip ada pada setiap keluarga ialah termometer bagi menyukat suhu badan baby sekirannya demam panas. Melalui pembacaan saya, baby hidap demam panas yang tidak di atasi dengan kadar segera berisiko tinggi diserang penyakit lain. Antaranya ada anak yang menjadi cacat kekal kerana lambat membawa anak ke klinik atau hospital.

 

Bagi langkah awal, saya rasa ibu bapa mempunyai tanggungjawap untuk menyukat suhu baby dan sekiranya perlu menurunkan suhu baby sebelum anak dihantar ke klinik berhampiran. Dalam situasi ini, saya rasa para ibu bapa amat memerlukan termometer samaada disukat melalui mulut, ketiak atau telinga.

Dalam ruang ini saya juga nak bertanya apakah peralatan lain yang perlu ada dalam sebuah keluarga terutamanya bagi yang sedang atau akan dapat baby pertama.






Ruang Pautan Blog atau Portal

16 03 2009

Bagi memastikan ruang ilmu ini mempunyai nilai yang tinggi bagi semua ibu-ibu penyayang, saya telah wujudkan ruangan pautan supaya pelawat blog ini boleh terus mendapatkan ilmu atau maklumat di blog atau website lain.

Buat masa ini saya telah wujudkan 2 kategori ruang pautan iaitu blog/website bersifat personal dan blog/website untuk organisasi atau badan-badan yang berkaitan.

Bagi yang berminat sila maklumkan diruang komen dan saya amat2 hargai sekiranya blog saya juga diletakkan di blog/website anda.

Selamat berkongsi..






Fontanelle / Ubun2 Baby

11 03 2009

Bila ader baby ni semakin terasa hebatnye ciptaan ALLAH…melihat umar growth day by day…month by month…makin banyak pulak rasenye persoalan yg timbul dalam kepala ni…

Lately ni selalu tertanye2 pasal fontanelle (ubun2…ye kot ejanye dlm bahasa melayu) atau “soft sport” atas kepala Umar. Pernah terbaca yg fontanelle ni akan tertutup dlm masa bby 8 bln. Yesterday lepak umah ely, rase kepala bby die dh tak de fontanelle tu (she is 4 months younger than my boy)…terkejut2…maklumlah first bby…cuak r jugak..balik umh je terus cek dlm buku n surf dkt wikipedia…rupa2nya bergantung pada sizenya…ader bby dua tahun dan ader jugak yg tak tertutup selamanya (tapi sizenya makin kecil).
Yg perlu dirisau bile fontanelle tu lekuk ke dalam (sunken fontanelle) ni indicates dehydration, whereas a very tense or bulging anterior fontanelle indicates raised intracranial pressure.
Ok tak risau lagi…..tq ALLAH!






Baby Umar Dah Sunat

9 03 2009

Syukur kepada Allah..

Akhirnya Umar berjaya juga disunatkan pada umur 6 bulan. Cabaran juga apabila kitaorng decide untuk sunatkan anak sulung pada waktu baby lagi dan di sekeliling tidak ada anak saudara yang sebaya disunatkan waktu baby.  Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terpikir oleh kami berdua.

Sewaktu menanti giliran untuk baby Umar disunatkan, bilik menunggu tu sesak juga kerana ramai kanak2 juga sedang menunggu giliran kerana pada waktu itu adalah cuti sekolah. Biasalah cuti sekolah yang panjang memang sesuai utk kanak bersunat. Rupanya bukan saya sahaja yang sedang berdebar, ada seorang ibu di sebelah saya sebenarnya sudah 3 malam tak tidur… Itulah dia perasaan seorang ibu…hanya ibu yang faham.

Antara faktor yang mendorong kami untuk sunatkan Umar ialah sebelum ini ada terbaca kisah cucu rasul SAW yang disunatkan ketika bayi lagi. 

Pada post akan datang saya akan berkongsi seterusnya seperti apabila umar di dalam bilik bedah.






new pumping member

9 03 2009

Tengah prepare for lunch tadi ader member called…die baru beli breastpump (spectra 3)..just the same as mine. Last week share dgn die “how to banyakkan susu”…baby die baru nak masuk 4 bulan dan stock “susu” tak de…setiap hari baby die need about 5 bottles (5 oz/bottle)…banyakk tu…so terpaksa campur dgn susu formula….Mencabar jugak tu utk die wat stock sbb tak mula sebelum masuk keje dulu…Sempat jugak tadi hantar MMS stok susu dalam peti ais sebagai pembakar semangat kat dia.

anyway all the best!! teringat kata cikgu english during my secondory school dulu “Imposibble is only in the dictionary of the fool”…”it’s never too late, the most important things is to make a start






Blog dan perkongsian pengalaman..

3 03 2009

Rasanya dah tiba masa untuk saya mencoretkan pengalaman di blog ini. Bukan nak bangga diri dan bukan juga mencari publisiti. Berkongsi pengalaman mungkin amat berharga apabila menjadi panduan kepada orang lain.

Atas beberapa faktor maka blog ini diwujudkan bagi mendokumenkan segala pengalaman bagi setiap ibu-ibu atau bakal ibu di muka bumi ini. Diharap ramai ibu-ibu diluar sana dapat berkongsi pengalaman di sini agar dapat menjadi panduan kita bersama.

Selamat berkongsi..